Prestasi Baik Wan Amirul Afiq Dapat Pujian Zainal Abidin Hassan

Wan Amirul Afiq Melaka United PDRM Liga Super 2020

Nama bek sayap Melaka United, Wan Amirul Afiq secara tiba-tiba telah melonjak dalam dua perlawanan pertama musim ini yang menyaksikannya terlibat dalam hampir semua gol yang dihasilkan Melaka United setakat ini – lima gol.

Berhasil meledak satu gol dan membuat dua bantuan gol malam tadi melengkapkan aksi cemerlang pertahanan berusia 27 tahun itu selepas membuat satu bantuan gol dalam kemenangan pertama 2-0 ke atas UiTM FC pada minggu lalu.

Diberikan ruang beraksi dalam kesebelasan utama oleh pengendali, Zainal Abidin Hassan sejak kembali menyertai Melaka United daripada FELDA United pada musim lalu, kematangan permainannya telah mula dipamerkan musim ini.

Zainal Abidin percaya yang keserasian yang dibentuk pemain tersebut bersama pemain sayap menyerang, Deevan Raj adalah kunci prestasi baiknya setakat ini.

“Saya memang bangga lihat [Wan Amirul] Afiq bermain hari ini dan ini tahun kedua dia membentuk kombinasi bersama Deevan [Raj]. Kita boleh nampak keserasian mereka dan mereka sudah kenal [gaya permainan] antara satu sama lain.

“Jadi Afiq telah menunjukkan satu permainan yang baik dan saya harap dia akan sentiasa menunjukkan prestasi yang baik. Bukan sahaja Afiq, tetapi harap semua pemain akan menunjukkan mutu permainan yang baik,” tambahnya lagi.

Bekas pemain dan produk FELDA United itu meledak gol ketiga serta membuat dua bantuan gol kepada Uche Agba dan kapten, Safiq Rahim untuk skuad Hang Tuah meraih kemenangan kedua mereka di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Wan Amirul Afiq telah menjadi duri dalam daging kepada PDRM dengan larian-larian derasnya di bahagian sayap ketika membuat larian overlapping untuk membantu jentera serangan Melaka United yang diketuai oleh Uche Agba dan Sony Norde.

Bercakap mengenai tiga mata yang diraih ke atas PDRM, Zainal Abidin amat berpuas hati dengan apa yang telah dipamerkan oleh pemain-pemainnya disamping telah menunjukkan sedikit peningkatan berbanding aksi pertama tempohari.

Tiga mata di halaman sendiri juga baginya sangat penting dan kredit telah diberikan olehnya kepada barisan pemain yang telah diturunkan pada aksi tersebut.

“Saya mahu ucapkan tahniah kepada para pemain yang telah mengutip mata di tempat sendiri, itu yang amat penting sekali,” ujarnya ketika ditanya mengenai kemenangan keduanya dalam saingan CIMB Liga Super 2020.

“Prestasi dan sistem permainan lebih kemas daripada perlawanan pertama. Cuma malang sedikit, kita tidak sudahkan semua peluang-peluang yang telah kita cipta.

“Ini yang saya mahukan. Ada peningkatan [dalam permainan],” tambahnya lagi mengenai prestasi semua pemainnya selepas berhasil menewaskan PDRM 3-1.

KREDIT FEATURED IMAGE: MELAKA UNITED SA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN