Di sebalik kekalahan skuad kebangsaan semalam, rata-rata penyokong mula mempersoalkan dengan lebih lanjut atas keperluan Kim Pan-gon menyenaraikan penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula setelah aksi pemain tersebut amat mengecewakan.
Bukan sahaja kelibat beliau gagal menyerlah dalam aksi menentang Bahrain semalam untuk aksi kedua kelayakan Piala Asia 2023, malah sejak penyertaan de Paula pada pertengahan tahun lalu lagi dipertikai oleh ramai pemerhati bola sepak negara.
Jika diikutkan pada corak permainan yang diterapkan oleh Pan-gon dalam skuad kebangsaan, jelas pengendali tersebut mementingkan pemain yang mempunyai kepantasan dan bagus dari segi kawalan bola di atas padang.
Namun perkara tersebut tiada dalam diri de Paula yang perlahan pergerakannya serta lemah dari segi penguasaan bola untuk membiasakan diri bersama rakan sepasukan lain berbanding Darren Lok.
Pemain yang sesuai dipanggil sebenarnya adalah Amri Yahyah berikutan corak permainannya dan teknik kawalan bola milik penyerang tersebut masih lagi lincah biar pun sudah agak berusia.
🦏 🦏 Amri Yahyah 🦏 🦏 #Diakekal#sabahmajujaya #bangunlahbersatusemua pic.twitter.com/uwQ0jox6xT
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) December 2, 2021
Kelebihan Amri di atas padang sudah pun diakui sendiri oleh rakan sepermainan atau pemerhati bola sepak setelah tampil konsisten setiap musim selaku pemain serangan walaupun beraksi di pelbagai kelab.
Minit permainan
Amri menjadi pemain utama dipilih oleh Datuk Ong Kim Swee pada musim ini selaku tonggak serangan Sabah.
Beliau beraksi dalam setiap perlawanan dihadapi Sabah serta terbiasa menghadapi mana-mana tekanan dalam perlawanan.
Hanya 4️⃣ pemain mendahului Amri Yahyah di senarai penjaring terbanyak selepas penyerang veteran Sabah FC ini mencatat hatrik pada malam tadi! ⚽️⚽️⚽️#LigaSuper2022 pic.twitter.com/OwJDMUUfW2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 25, 2022
Ini merupakan ciri penting buat mana-mana pemain sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan. Mempunyai minit permainan mencukupi serta menjadi antara tonggak pasukan.
Kualiti permainan
Amri tampil dengan kualiti permainan yang sangat menakjubkan walaupun sudah menjangkau usia veteran bagi pemain bola sepak.
Kelebihan penyerang Sabah ini terletak pada diri beliau yang mampu untuk mengikuti modul kejurulatihan mana-mana pasukan dengan baik berbanding de Paula yang sehingga kini masih lagi buntu untuk mengikut kehendak Pan-gon serta pengendali skuad negara sebelum itu, Tan Cheng Hoe.
Amri juga boleh bertindak selaku pemain sayap dengan bagus selain menjadi penyerang yang berbahaya seperti Darren Lok untuk membuat tekanan pada pertahanan lawan.
Pengalaman dan persefahaman
Nama Amri bukan lagi asing jika dikaitkan bersama skuad kebangsaan. Pemain ini sudah menghadapi banyak perlawanan antarabangsa bersama Harimau Malaya dan meraih beberapa kejuaraan.
Amri juga sangat memahami para pemain tempatan lain memandangkan sudah banyak kelab yang disertai beliau sebelum itu seperti Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), Melaka United, Sarawak United serta kini bersama Sabah.
Malah pengalaman beliau sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional ketika ini juga sangat banyak untuk dicurahkan buat pemain muda lain serta digunakan ketika bersama skuad kebangsaan kini.
71' GOL | Amri Yahyah melengkapkan hatrik dengan melakukan "chip" dari sudut yang sukar!@SabahFCofficial 4-0 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/80WFbAGN7q
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 24, 2022
Beliau juga terkenal dengan kelicikan untuk membuat helah kepada pertahanan selain pergerakan lincah Amri sehingga kini masih sukar untuk digugat.
Jika tidak, masakan pada usia kini Amri masih santai menjadi antara pemain tempatan pertama musim ini dalam saingan Liga Super untuk meledak hatrik selain Darren Lok.
Kesimpulan
Masih lagi menjadi persoalan bagaimana pemain yang tiada minit permainan musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) layak beraksi bersama skuad kebangsaan.
Malah sehingga kini tiada sebarang impak berjaya dilakar oleh de Paula untuk terus menyakinkan para penyokong melainkan gol penalti beliau musim ini ketika perlawanan persahabatan lalu menentang Brunei.
⚽️ PENJARING TERBANYAK TEMPATAN LIGA SUPER 2021
🟥 Amri Yahyah
🟨 Baddrol Bakhtiar
⬜️ Hakimi Abdullah
🟦 Guilherme de PaulaEmpat pemain 🇲🇾 di atas masing-masing meledak 4️⃣ gol setakat pusingan LS13!#LigaSuper2021 pic.twitter.com/h3h48Lgki0
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 22, 2021
Berbanding diri Amri yang diberi peranan penuh musim ini selaku pemain tonggak dalam pasukan serta sudah membuktikan ketajaman menerusi tiga gol diledak beliau.