Presiden Valencia, Anil Murthy melalui satu laporan di Espanyol semalam menegaskan kelab La Liga itu bukan untuk dijual. Ini bermakana tiada pindah hak milik kelab tersebut pada masa terdekat.
Kanyataan Anil Murthy itu adalah tindak balas terhadap spekulasi pengambilaihan kelab tersebut oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Kelab ini bukan untuk dijual. Rakan saya memberitahu saya mengenai muatnaik Instagram milik Putera Johor (TMJ). Saya bercakap dengan Peter Lim mengenai perkara ini dan tiada indikasi mengenai penjualan kelab,” kata Anil yang juga merupakan rakyat Singapura.
Ahli perniagaan Singapura, Peter Lim adalah pemilik semasa Valencia. Beliau mengambil alih kelab tesebut melalui syarikatnya, Meriton Holdings dengan bidaan berjumlah €420 million (RM2 billion) pada 2014.
Hectic morning in Valencia with two newsfronts to cover:
1. Huge meeting at 6pm between VCF prez Anil Murthy & the Valencian government. Allegedly they will talk about the New Mestalla reactivating the works, but…
2. We also have the @HRHJohorII news. More on that later today pic.twitter.com/193wQjUKoC
— Paco Polit (in English 🇬🇧🇺🇸) (@pacopolitENG) March 2, 2021
Jumlah tersebut adalah temasuk untuk menjelaskan beban hutang yang mencapai €200 juta sebelum itu.
Selepas berjaya meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) di tahap yang membanggakan, timbul ura-ura Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail (TMJ) bakal mengambil alih kelab Sepanyol, Valencia.
Menerusi Story dalam akaun Instagram miliknya, TMJ seolah-oleh memberi beberapa petunjuk yang beliau mahukan cabaran baharu sambil menunjukkan beberapa imej yang memaparkan nilai ekonomi kelab La Liga berkenaan.
Pemilik Valencia, Peter Lim adalah merupakan ahli perniagaan dari Singapura yang mempunyai hubungan baik dengan TMJ.
“Pertama, saya bukan ahli perniagaan, saya seorang putera raja. Kedua, bukan wang yang memotivasikan saya, kegemilangan dan mencipta sejarah yang memotivasikan saya. Ketiga, bukan lagi rahsia saya amat cintakan dan meminati bola sepak,” ujarnya.
“Keempat, saya bukan baharu dalam bola sepak. Saya telah membawa JDT daripada setiap tahun bergelut dengan penyingkiran kepada pasukan yang mendominasi kejauraan. Saya dah menang 16 kejuaraan dalam lapan tahun. Kami kini terbesar di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di Asia.
“Kelima, saya mahu kembangkan lagi empayar, melabarkan sayap dan menempuh cabaran baharu.
TMJ turut kongsikan data Consultancy Europa yang menunjukkan nilai perusahaan Valencia yang dianggarkan sekitar €408 juta.
“Dan yang terakhir, saya bukan seseorang yang akan mengubah logo atau tradisi kelab kamu. Seperti yang saya katakan awal tadi, saya seorang putera raja, bukan ahli perniagaan. Saya di sini untuk meraih kegemilangan, kejayaan dan mencipta sejarah.
#NSTsports Cardiff City owner Tan Sri Vincent Tan believes that Tunku Ismail Sultan Ibrahim, who has turned #JDT into the #MLeague's most dominant club, is the right man to make #Spanish club #Valencia great again.https://t.co/LDpq59B7ez
— New Straits Times (@NST_Online) March 4, 2021
“Apa yang Valencia perlukan? Kamu perlukan seseorang yang arif tentang bola sepak, dahagakan kejayaan dan faham betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab.
“Langkah pertama, kita perlukan orang [yang faham] bola sepak di dalam kelab. Itu sahaja.”
Valencia kini menduduki kedudukan ke-14 La Liga selepas melalui 25 perlawanan dengan 27 mata. Penghijrahan bekas kelab Dani Parejo dan Francis Coquelin ke Villareal, selain Ferran Torres ke Manchester Citu dan Rodrigo Moreno ke Leeds selepas pemecatan mengejutkan Marcelino pada September 2019 dipercayai sebagai punca kemerosotan kelab tersebut.
Keputusan membenarkan Cristiano Piccini ke Atalanta secara pinjaman dan kegagalan kelab melajutkan kontrak Ezequeil Garay, dan Jaume Costa serta Alessandro Florenzi secara pinjaman turut tidak membantu situasi di dalam pasukan.
Kedudukan kewangan semasa Los Che juga parah, dan kelab tersebut dipercayai terpaksa beroperasi dengan kos 40% kurang dari apa yang mereka belanjakan sebelum ini.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Valencia:
Mahu Cabaran Baharu, TMJ Beri Bayangan Bakal Ambil Alih Valencia?