Penyokong AS Roma kecewa dengan cara kelab mereka mengendalikan perpindahan pemain kali ini. Roma telah kehilangan pemain penting mereka Mohamed Salah dan Leandro Paredes.
Sedangkan pada musim hadapan mereka ada musim yang lebih besar dengan malam UCL. Penyokong merasakan mereka seharusnya menambah kekuatan skuad bukannya menjual pemain utama ke kelab lain.
Minggu ini mereka dikaitkan dengan potensi akan melepaskan Rudiger yang dikaitkan dengan Chelsea. Kritikan peyokong di media sosial ini sampai ke pengetahuan presiden kelab mereka, James Pallotta.
Pallotta agak bengang dengan segelintir penyokong Roma yang disifatkan beliau sebagai ‘tidak sabar’ dan tidak percaya dengan pengurusan kelab.
Roma yang sudah melantik Monchi sebagai Pengarah Sukan mereka. Pallotta yakin Monchi akan melakukan yang terbaik.
Namun peminat tidak mahu Roma menjadi seperti Sevilla yang hanya menjadi eksport pemain dengan nilai terkumpul ratusan juta tetapi tidak mampu bersaing secara konsisten di dalam liga kerana terpaksa membina pasukan yang baru setiap musim.
Penyokong mempersoalkan di manakah pendirian Monchi selepas beliau meyatakan ‘Roma bukan pasar raya!’ dalam kenyataan beliau kepada media beberapa minggu lalu.
Palotta membidas penyokong Roma dengan berkata:
“Adakah mereka benar-benar merasakan Roma semakin lemah sekarang? Lihatlah siapa pemain yang kami beli. Kami dalam usaha untuk membina pasukan yang lebih kuat.”
“Saya tidak faham dengan penyokong yang jenis tidak percaya dan tidak sabar kepada kelab ini. Kami sebenarnya dalam langkah membentuk Roma yang lebih kuat.”
Roma setakat ini sudah menandatangani Rick Karsdorp, Maxime Gonalons, Hector Moreno dan Lorenzo Pellegrini sejak Monchi mengambil alih jawatan Pengarah Sukan pada April 2017.
Hubungan pengurusan Roma dengan penyokong agak goyah sejak akhir-akhir ini selepas pengurusan di bawah Spalletti didakwa melayan Totti dengan teruk.
Namun Monchi memberitahu yang beliau mencadangkan agar Roma memeberikan jawatan Pengarah kepada Francesco Totti.