Presiden PSG Tawarkan Klausa Khas Bernilai €1 Juta Untuk Cavani Berikan Neymar Penalti

El Pais melaporkan yang Presiden PSG menawarkan Edinson Cavani €1 juta tambahan kepada kontrak beliau jika pemain tersebut menyerahkan tugas pengambil sepakan penalti pertama kepada Neymar.

Langkah ini antara lain adalah cara Presiden PSG mahu menjadikan Neymar pesaing utama untuk Ballon d’Or dan FIFA Best selepas ini dengan jumlah gol yang banyak.

Minggu lalu, Unai Emery sudah menetapkan bahawa Edinson Cavani sebagai penendang penalti yang utama dan yang kedua adalah Neymar.

Ianya selepas insiden perebutan penalti di antara Neymar dan Cavani dalam 2 perlawanan awal Ligue 1 musim ini.

Presiden PSG Nasser Al-Khelaifi dilaporkan sudah bertemu dengan Cavani secara bersemuka. Selepas perlawanan menentang Lyon, hubungan Cavani dan Neymar dilaporkan sedikit tegang.

Namun selepas itu Neymar membuat permohonan maaf secara terbuka. Cavani sudah menjadi pengambil penalti yang utama sebelum kedatangan Neymar.

Al-Khelaifi juga berharap klausa €1 juta itu dapat mengelakkan ketidakharmornian di bilik persalinan.

Namun Edinson Cavani dilaporkan tidak mahu menerima €1 juta tersebut kerana beliau menganggap tugasan penalti itu adalah kepercayaan pengurus kepada beliau.

Ini bermaksud, beliau melakukannya kerana pengurus merasakan beliau orang yang terbaik untuk pasukan dalam melakukan tugasan itu. Cavani sedar akan tanggungjawab beliau sebagai kapten ke-3 pasukan tersebut.

Neymar minggu lalu disisihkan daripada perlawanan menentang Montepellier keranan kecederaan. PSG beraksi agak teruk dalam perlawanan tersebut dan gagal mencatatkan kemenangan.

Sumber

Daily Mail – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4915896/Edinson-Cavani-rejects-1m-hand-Neymar-penalty-duties.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN