Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi berkata beliau mahukan sikap persis selebriti atau ‘diva’ oleh pemain-pemain di kelab tersebut ditamatkan segera dengan kembalinya Leonardo sebagai Pengarah Sukan kelab tersebut.
Leonardo diumumkan sebagai pengganti Antero Henrique pada Jumaat lalu sebagai Pengarah Sukan PSG – jawatan yang pernah disandang oleh beliau diantara 2011 sehingga 2013.
? “ANNOUNCE LEONARDO!”
?♂️ OK…
? Welcome back, @leo_de_araujo! pic.twitter.com/8gEyBNjMqw
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) June 14, 2019
Skuad kendalian Thomas Tuchel berjaya mempertahankan kejuaraan Ligue 1 pada musim lalu. Namun PSG tersingkir di pusingan kedua UEFA Champions League, gagal mara melepasi suku akhir Coupe de la Ligue, sebelum dikejutkan oleh Rennes di perlawanan akhir Coupe de France.
Selepas prestasi keseluruhan musim 2018/19 yang Al-Khelaifi anggap sebagai kurang memberangsangkan, kini beliau mahu pemain-pemain PSG untuk menilai kembali sikap masing-masing sepanjang bersama kelab tersebut.
“The doors are open. Ciao! I do not want to have any celebrity behaviour anymore.” ?? https://t.co/rk9LgQPQod
— SPORTbible (@sportbible) June 16, 2019
“Pemain-pemain harus sedar akan [sikap] tanggungjawab masing-masing lebih serius dari sebelum ini,” ujar beliau ketika bercakap kepada France Football.
“Ia [sikap] itu harus berubah sepenuhnya.
“Mereka harus berusaha melakukakan [mengubah] lebih banyak perkara, dan bekerja lebih keras. Mereka bukan datang ke sini untuk melakukan perkara mengikut kehendak mereka sendiri.
“Jika mereka tidak bersetuju, maka pintu sentiasa terbuka. Ciao! Saya tidak mahu ada sikap seperti selebriti di kelab ini lagi.
PSG president Nasser Al-Khelaifi: ‘The players are going to have to assume their responsibilities… It has to be completely different. They are not here to have fun. And if they don’t agree with this point of view, the doors are open. Ciao. I no longer want superstar behaviour.’ https://t.co/w2U3sftaVD
— Duncan Castles (@DuncanCastles) June 16, 2019
Al-Khelaifi mengakui perubahan perlu dilakukan dari dalaman dan gembira dengan pelantikan Leonardo.
“Saya sedar bahawa perubahan itu penting, atau kita tidak akan pergi ke mana-mana,” tambah beliau.
“Hanya dalam tempoh dua minit, perbincangan mengenai perkara ini [antara saya dan Leonardo] selesai.
“Beliau akan diberikan kuasa sepenuhnya. Leo adalah wakil saya. Beliau adalah individu yang menakjubkan, dan saya yakin dengan kebolehan yang beliau miliki. Autoriti yang ada pada beliau hanya akan membawa kebaikkan untuk semua pihak, terutamanya untuk pemain.
Kenyataan dari Al-Khelaifi ini turut mencetuskan spekulasi mengenai masa depan Neymar, dengan perkhabaran pemain itu berkemungkinan akan dijual kembali kepada Barcelona pada musim panas ini.