Presiden Poland FA Hairan Itali Turunkan Balotelli Yang Seberat 100KG

Mario Balotelli kembali ke Nice selepas rehat musim panas dengan berat badan mencecah 100 kilogram!

L’Equipe melaporkan berat badan pemain itu ketika kembali menyertai latihan bersama rakan sepasukan mencecah 100 kg, jauh lebih dari berat optimum sepatutnya di antara 75-85 kg.

Pemain antarabangsa Itali itu dikritik ramai selepas tampil dalam perlawanan menentang Poland yang berkesudahan 1-1 pada minggu lalu.

(Photo by Anthony Dibon/Icon Sport via Getty Images)

Balotelli kemudiannya disisihkan oleh Roberto Mancini menjelang perlawanan berikutnya menentang Portugal.

Prestasi Balotelli disifatkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Poland, Zibi Boniek sebagai ‘langsung tidak berguna dalam keadaan sebegini.’

Balotelli yang memulakan perlawanan telah diganti oleh Andrea Belotti selepas sejam setelah gagal memberikan impak, dan menyentuh bola hanya sebanyak 10 kali.

Selepas perlawanan, Boniek tidak ketinggalan mengkritik penyerang lawan mereka itu dengan berkata:

(Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

“Saya tidak akan menurunkan pemain yang ketara 15kg terlebih berat untuk beraksi.

“Saya bercakap kepada (Arrigo) Sacchi selepas perlawanan dan kami bersetuju bahawasanya pemain perlu lebih bersedia untuk menghadapi perlawanan.

“Di dalam bola sepak, anda harus mempunyai kebijaksanaan yang boleh dibawa kepada pasukan dan aksi di atas padang. Saya sedih melihat keadaan Balotelli. Maafkan saya kerana membandingkan keadaan beliau ketika perlawanan Juventus-Inter satu ketika dahulu

“Saya tidak melihat sebarang usaha dari beliau menuju perlawanan ini. Ia salah beliau sendiri. Seorang pemain profesional tidak boleh tampil sebegini.

(Photo by Alessandro Sabattini/Getty Images)

“Untuk mendakwa Balotelli berusaha keras demi pasukan adalah satu penipuan. Tidak ada juga yang melaporkan beliau tidak cergas sebelum perlawanan.

“Kerana itu saya tidak faham mengapa ia sukar difahami. Untuk kekal sebagai pemain yang hebat, anda harus kekal cergas.

“Dalam keadaan ini, Balotelli hanya seorang pemain yang sia-sia,” ujar beliau panjang lebar.

Mancini bagaimanapun tetap mempertahankan penyerang tersebut.

“Balotelli mungkin tidak beraksi dengan baik. Tetapi apabila gagal memberikan sumbangan 100%, ia bileh berlaku kepada sesiapa saja,” ujar pengurus Itali itu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN