Presiden PFAM Yakin Next50 Diperkenalkan MFL Mampu Tingkatkan Kualiti Skuad Kebangsaan

Bekas pemain kebangsaan Rezal Zambery Yahya, tertarik dengan misi Malaysian Football League (MFL) untuk menjadikan Liga Malaysia sebagai antara yang kompetitif di benua Asia sekali gus boleh meningkatkan kualiti skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Rezal yang juga kini Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dan penolong jurulatih UKM FC, melihat misi MFL dalam meningkatkan kualiti pertandingan Liga Malaysia mampu beri kesan positif secara serampang dua mata.

Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya

Bukan sahaja mampu menarik ramai pemain berkelas dunia beraksi di Liga Malaysia namun boleh meletakkan skuad kebangsaan di landasan tepat untuk berada dalam kelompok terbaik Asia.

Pertandingan merupakan asas pertama daripada empat asas yang diletakkan di dalam Next50 Strategic Blueprint 2021-2070 dengan harapan mampu layak ke Piala Dunia Kelab dalam tempoh 20 tahun akan datang.

“Saya tertarik dengan asas pertama iaitu pertandingan kerana saya setuju bahawa pemain sememangnya memerlukan pertandingan yang berkelas tinggi.

“Pertandingan yang berlandaskan konsep berkualiti dan kompetitif dapat melahirkan pemain-pemain yang berpotensi besar untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.

“Ia secara tidak langsung bakal memberi peluang kepada mereka untuk mewakili negara dan dalam masa sama dapat menaikkan lagi martabat Liga Malaysia dengan lebih tinggi,” jelasnya.

Selain itu, Rezal akui segala yang diterangkan oleh MFL dalam Next50 Strategic Blueprint sudah meliputi daripada semua aspek dan melihat tiada masalah untuk kebanyakan pasukan mengikuti perancangan ditetapkan.

Justeru, beliau berharap segala sasaran ditetapkan MFL mampu diterjemahkan oleh semua pasukan melalui kerjasama ampuh antara semua pihak.

“Sebenarnya memang tidak dinafikan ia adalah perancangan yang baik berdasarkan perlaksanaan yang akan dijalankan nanti oleh semua yang terlibat.

“Jadi saya rasa ini hala tuju bola sepak yang baharu di mana segala apa yang telah dirancang merupakan panduan terbaik yang kita boleh turuti.

“Andai ia dituruti dan dilaksanakan dengan betul oleh semua pihak, sudah semestinya kita akan capai banyak hasil positif menerusi Next50 Blueprint ini,” katanya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN