Presiden PFA Rakam Penghargaan Buat MFL Atas Peluang Beraksi Di Liga Perdana

PFA

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie tanpa berselindung mahu merakamkan penghargaan kepada Malaysia Football League (MFL) di atas peluang memberikan wakil Utara itu bermain di Liga Perdana yang bakal membuka tirai pada bulan depan.

Justeru, Amizal mendedahkan PFA serius mahu memanfaatkan peluang itu dengan segera menyelesaikan masalah-masalah berbangkit antaranya tunggakan gaji bekas pemain-pemain Perlis.

Jelasnya, syarat MFL yang mahu menyekat geran tahunan PFA sehingga menyelesaikan semua masalah persatuan tersebut tidak mematahkan semangat Perlis memberikan persembahan positif selepas 10 musim ‘menghilang’ dari liga utama negara.

“Pertama saya mahu mengucapkan terima kasih kepada MFL kerana bagi peluang kepada Perlis untuk bermain di Liga Perdana.”

“Selepas kongres, kita telah berusaha untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain-pemain lama.”

“Jadi apabila MFL menahan geran tahunan Perlis tidak membuatkan kami rasa kurang senang yang mana kami sebenarnya dalam proses menyelesaikan masalah itu.”

“Jadi apabila MFL meletakkan syarat menahan geran tahunan (sehingga menyelesaikan tunggakan gaji) kita tidak mahu mengalah dan lari daripada masalah,” katanya ketika ditemui selepas taklimat MFL di Johor Bharu, Khamis lalu.

Dalam perkembangan sama, Amizal mendedahkan pasukannya tidak akan sesekali tertekan biarpun penyertaan Perlis ke Liga Perdana seakan-akan tidak direstui oleh segelintir pihak.

“Kita baharu melakukan proses transformasi, jadi boleh dianggap sebagai pasukan baharu. Jadi, keseluruhan pemain juga dianggap sebagai pemain baharu.”

“Misi kami seterusnya adalah mahu layak ke Liga Super musim depan. Tiada tekanan sebab bagi saya Perlis adalah satu pasukan yang baharu bermula.”

“Jadi, kita menghormati kesemua pesaing-pesaing kita dalam Liga Perdana dan kita bermula daripada kosong tetapi Perlis juga sedia buktikan bahawa kita memang layak untuk bermain di Liga Perdana,” katanya.

Artikel oleh: MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN