Presiden Napoli ‘Tembak’ Conte Kerana Terlampau Banyak Permintaan

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis (gambar bawah) memuji pengurus baharu kelab berkenaan, Carlo Ancelotti. Namun demikian, De Laurentiis sempat membidas Antonio Conte kerana disifatkan terlampau menuntut.

Menurut De Laurentiis Conte dan Ancelotti ditemuduga oleh kelab tersebut untuk mengisi jawatan pengurus, setelah Maurizio Saari sah meninggalkan kelab tersebut.

(Photo by Baris Seckin/Anadolu Agency/Getty Images)

Namun pengurus Chelsea tersebut dikatakan terlalu bertegas mengebai jenis pemain yang beliau mahukan di dalam pasukan.

Masa hadapan Conte di Stamford Bridge seperti sudah berada di penghujung, tatkala Sarri berkemungkinan besar adalah calon pilihan untuk mengisi tempat beliau bersama Chelsea.

Ketika ditanya mengenai ketibaan Ancelotti di Napoli, De Laurentis berkata kepada media:

“Saya mengharapkan Ancelotti boleh kekal bersama kami untuk tempoh 10 tahun akan datang. Tetapi saya perlu juga memikirkan untuk kebaikkan kelab.”

“Setiap tindakan saya sentiasa berpandukan objektif. Saya tidak boleh membenarkan ianya dipengaruhi oleh perasaan. Jangan risau. Bersama Carlo [Ancelotti], kita akan lakukan apa yang perlu kita lakukan.”

“Bertahun lamanya kami sudah menyedari bahawa Ancelotti adalah individu yang memberikan kelab ini kestabilan dan ketenangan.”

“Ketika dia datang kepada saya dan bertanyakan beberapa pemain baharu, saya kata: ‘tidak’. Ancelotti tidak merungut seperti Conte yang terus meminta. Beliau faham dan menerimanya dengan tenang.”

“Siapapun jurulatih yang datang ke sini, ia harus kerana kelab ini. Kerana bandar ini dan juga untuk pasukan sedia ada. Ia adalah penting untuk kami tidak memilih seorang jurulatih yang sekadar mahu menjadikan kelab ini sebagai batu loncatan.”

“Saya tidak akan lupa apabila Conte pernah bertemu dengan saya untuk cuba mendapatkan [Kalidou] Koulibaly. Harga yang ditawarkan mencecah €58 juta.”

“Saya pun bertanya: ‘Apa yang saya mahu lakukan dengan €58 juta?’ Anda harus ingat. Bahawa wang adalah pemudah cara. Namun wang bukan segala-galanya atau pengakhiran untuk memperolehi segalanya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN