Presiden Napoli Aurelio De Laurentiis tidak teruja dengan Cristiano Ronaldo yang menjadi fenomena di Itali dan digelar potensi ‘signing of the century’.
Aurelio De Laurentiis sebelum ini pernah mendakwa ejen Ronaldo ada menghubungi beliau sama ada Napoli mahu membeli Ronaldo ataupun tidak. Beliau menyatakan yang Napoli tak berminat kerana Ronaldo terlalu mahal.
Beliau bercakap kepada wartawan tentang perpindahan Ronaldo ke Juventus yang menelan kos €100 juta.
“Saya tanya diri sendiri, sama ada ini lebih kepada kejayaan komersil berbanding dengan alasan kesukanan?”
“Bagi saya, untuk kelab mengekalkan imbangan akaun, adalah sangat bahaya untuk berbelanja angka terlalu besar untuk seorang pemain yang sudah menuju ke fasa akhir karier.”
“Gaji beliau sangat tinggi untuk ditanggung Juventus. Oleh itu saya tertanya-tanya, adakah kejayaan mendapatkan Ronaldo ini lebih kepada kejayaan komersil mengatasi kesukanan?”
“Jika anda membayar gaji terlalu ‘gila’ lambat laun ianya akan menghantui anda.”
“Ejen beliau (Jorge Mendes) sangat bujak. Beliau ada hubungi saya dan bertanya sama ada saya mahu berurusan dengan mereka.”
“Dia cuba meyakinkan saya dengan berkata: ‘Ronaldo akan membuatkan anda menjadi kaya’.”
“Selepas kami menolak, kemudian Juventus datang dan memulakan bidaan mereka.”
“Jika kami bersetuju dengan perjanjian mendapatkan Ronaldo, kami akan membayar €350 juta untuk kontrak beliau. Ini termasuk bayaran perpindahan dan bayaran gaji.”