Presiden MUSA Nafi Buat Crowdfunding Kerana Tak Cukup Duit Musim 2020

Presiden Melaka United iaitu Damian Yeo telah memuat naik satu status di media sosial meminta derma awam untuk pasukan tersebut.

Beliau turut memuat naik video ucapan Hari Natal bersama dengan kenyataan tentang usaha untuk mendapatkan dana menerusi derma orang ramai itu.

Damian berkata:”Ucapan selamat hari Natal saya dengan lagu bersama dengan anak perempuan saya, Priscilla, bermain violin.”

“Pada masa yang sama saya sedang melakukan crowdfunding untuk Melaka United, dan silalah menderma kepada Persatuan Bola Sepak Melaka MBB 554129103238.”

“RM1.00 pun boleh, RM10.00 pun boleh, RM50.00 pun boleh, RM100.00 pun boleh dan sebagainya.”

Perkara tersebut telah mengundang kritikan daripada beberapa pihak yang menganggap tindakannya kerana mahu mencari dana tambahan untuk membayar gaji pemain padda musim 2020.

Melaka United sekali lagi meriah dengan kemasukan pemain – pemain baharu ke dalam pasukan mereka. Jadi, adakah crowndfunding itu dibuat kerana mahu mengatasi masalah defisit pada akaun MUSA selepas terlebih berbelanja setakat ini?

Damian kemudian tampil dengan kenyataan. Crowdfunding itu dibuat bukan kerana isu dana pada musim 2020 yang akan datang. Tetapi ianya untuk menyelesaikan hutang terdahulu pasukan MU.

Damian menyatakan ada pihak yang salah faham tentang crowdfunding yang beliau buat.

“Apabila saya membaca laporan ini, ianya jelas satu salah faham.”

“Crowdfunding saya buat adalah untuk melangsaikan hutang lama Melaka United bukannya unutk MUSA 2020.”

“MUSA 2020 segalanya adalah dalam keadaan terkawal.”

Melaka United musim lalu telah berhadapan dengan beberapa isu tunggakan gaji pemain. Dan mungkin itu yang cuba diselesaikan oleh Damian Yeo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN