Presiden MUSA Beri Amaran Shukor Adan Jangan Bermain Dengan Api

“Syukor Adan, if you are playing with fire than I shall give you fire,” demikianlah ciapan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Damian Yeo dipercayai ditujukan khas kepada bekas pemain Melaka United, Shukor Adan.

Ciapan tersebut yang bermaksud: “Syukor [Shukor] Adan, jika anda bermain dengan api maka saya akan memberi anda ojuga api.”

Kenyataan melalui ciapan tersebut dikeluarkan oleh Damian selepas sebelum itu Shukor bertindak menyerahkan afidavit tuntutan gaji dan bonus yang tertunggak oleh persatuan tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebelum ini MUSA berkata sedia untuk membuka pintu rundingan dengan 14 bekas pemain Melaka United pada musim lalu, untuk menjelaskan tunggakan dipercayai selama dua bulan.

Bagaimanapun, Shukor yang kini bersama Kuala Lumpur FA untuk musim baharu memilih untuk memperjuangkan hak tanpa melibatkan pihak ketiga.

“Tindakan saya sebenarnya bukan atas kepentingan diri sendiri. Perkara paling penting adalah kebajikan pemain dan pihak kelab dan pasukan tidak seharusnya lepas tangan sahaja,” kata Shukor kepada Stadium Astro beberapa hari yang lalu.

MUSA sebelum ini turut melarang mana mana pemain Melaka mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi di media atas alasan menghormati kontrak.

Masalah gaji pemain melibatkan pasukan Melaka amat meruncing sehingga ada dalam kalangan pemain yang terpaksa dilabel muflis.

Janganlah diabaikan kebajikan pemain-pemain yang telah digugurkan – Shukor Adan.

Posted by Semuanya BOLA on Tuesday, December 24, 2019

Demi memastikan kebajikan bekas pemain terjamin, Pengurus pasukan, Syahrul Nizam Shamsuddin berkata antara langkah yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) ialah dengan melakukan bayaran secara ansuran.

Namun langkah tersebut harus terlebih dahulu dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Malah Presiden MUSA, Damian Yeo turut dikatakan mengamal sikap terbuka dalam mencari penyelesaian, dan sanggup bersemuka dengan bekas pemain bagi membincangkan langkah penyelesaian yang dianggap sesuai.

Damian sendiri sebelum ini menekankan akan melangsaikan setiap hutang, dan tidak akan lari dari tanggungjawab tersebut.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN