Presiden Macron Mohon Maaf Kepada Albania Akibat Kesilapan FFF

Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah memohon maaf kepada Albania selepas kesilapan memainkan lagu kebangsaan sebelum perlawanan pusingan kelayakan Euro 2020 pada Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri Albania, Edi Rama melalui satu muat naik di Twitter.

Perlawanan tersebut sepatutnya berlangsung pada jam 20:45 waktu tempatan di Paris, tetapi terpaksa ditunda sebentar selepas lagu kebangsaan yang salah dimainkan di Stade de France.

Walaupun Albania yang turun beraksi, pihak penganjur sebaliknya memainkan lagu kebangsaan Andorra – yang jelas menimbulkan kekecewaan di kalangan pemain dan pegawai pasukan pelawat.

Selepas perkara itu dibawa ke pengetahuan UEFA dan pegawai perlawanan, lagu kebangsaan yang betul dimainkan, namun penganjur tetap masih melakukan kesilapan apabila memohon maaf kepada Armenia, dan bukan Albania seperti yang sepatutnya.

Rama melabel kesilapan sebegitu sebagai mengarut dan penuh dengan skandal.

Dalam satu kenyataan di Twitter, Perdana Menteri Albania itu berkata:

“Presiden Macron memohon maaf secara ikhlas terhadap satu skandal yang amat mengarut oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis [FFF], berkenaan lagu kebangsaan negara kita!

“Beliau [Macron] melabel kesilapan itu tidak boleh diterima, dan menghargai bagaimana pemain [tenang] bereaksi. Beliau meminta saya untuk menyampaikan permohonan maaf ini. #Respect.”

Walaupun tertangguh selama tujuh minit, ia tidak menghalang Perancis dari merekodkan kemenangan 4-1 ke atas Albania.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN