Presiden Lyon Sahkan Mourinho Sudah Ada Pilihan

Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas mengesahkan berita yang sebelum ini menyatakan Lyon berminat mendapatkan Jose Mourinho.

Namun apa yang lebih menarik, Aulas menegaskan Mourinho terpaksa menolak tawaran Lyon kerana sudah memilih pasukan lain untuk menjadi destinasi beliau yang seterusnya.

Aulas memberitahu wartawan: “Kami [Aulas dan Mourinho] ada sedikit perbincangan yang agak menarik menerusi berbalas-balas teks.”

“Ianya bagus untuk kesemua pihak. Beliau tidak menerima tawaran kami kerana beliau sudah memilih kelab yang lain.”

Pasukan mana agaknya yang dimaksudkan oleh Mourinho?

Mourinho masih tidak menjawat sebarang jawatan kejurulatihan sejak dipecat oleh Manchester United pada Disember tahun lalu.

Beberapa bulan lalu beliau menyatakan kerinduannya kepada kawasan teknikal di tepi padang.

Lyon mahukan Mourinho mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Sylvinho. Jurulatih tersebut dipecat selepas hanya menang sekali dalam 9 perlawanan terakhir.

Buat masa ini, Jose Mourinho banyak muncul sebagai pundit bola sepak. Beliau merupakan pundit yang sangat hebat dan sangat senang mendengar analisis beliau. Mana tidaknya, beliau memang salah seorang jurulatih terbaik sepanjang zaman.

Berbalik kepada isu kekosongan jawatan di Lyon, Aulas menafikan beliau ada campur tangan dalam isu pemecatan tersebut.

Sebaliknya yang membuat keputusan adalah pengarah sukan yang baru mereka lantik iaitu, legenda kelab, Juninho Pernambucano.

“Sebenarnya yang mengambil keputusan memecat Sylvinho adalah Juninho. Beliau yang mengambil langkah, mahu menukar jurulatih, dan beliau sudah ada penjelasan sebelum ini.”

“Juninho adalah seorang yang bernafas dengan bola sepak. Dalam perlawanan pertama, beliau mengesan ada beberapa masalah. Dan Juninho bersemuka dengan Sylvinho untuk menjelaskan tentang keputusan yang terpaksa diambil.”

“Saya sebelum ini ‘tak kenal’ Sylvinho sebelum Juninho memberitahu saya tentangnya.”

“Rupa-rupanya, Sylvinho adalah jenis jurulatih yang gemarkan corak defensif. Ini yang mencetuskan ketidakstabilan kepada DNA bola sepak Lyon yang berasaskan bola sepak menyerang.”

“Kita akui, kita silap, dan kita biaanya tidak akan melakukan kesilapan untuk kedua kalinya.”

Aulas kemudian menjelaskan khabar angin tentang kononnya Lyon mahukan Patrick Vieira. Aulas menegaskan mereka tidak menjadikan Vieira sebagai salah seorang calon. Lagipun Vieira masih ada kontrak dengan Nice.

Ramai menjangkakan bekas pengurus Lyon sebelum ini, Remi Garde akan kembali semula ke kelab itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN