Presiden La Liga Mahu Melaporkan PSG Ke UEFA Atas Regulasi FFP

Presiden La Liga, Javier Tebas akan melaporkan PSG kepada UEFA jika kelab tersebut benar-benar melancarkan bidaan ke atas Neymar.

Tebas menyatakan, PSG harus disiasat di bawah Financial Fair Play (FFP). Sebelum ini Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu menyatakan perkara yang sama kepada media.

PSG dilaporkan sedia membayar €222 juta klausa perlepasan untuk Neymar. Tebas ternyata tidak berpuas hati dengan cara PSG berbelanja dan minta agar kelab itu disiasat.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Tebas turut memberikan amaran kepada UEFA, agar tidak terlalu berdiam diri dalam isu ini. Hal ini kerana UEFA sendiri yang mewujudkan FFP ini pada 2011.

Tebas berkata:

“Kami perlu menfailkan aduan kepada UEFA berkenaan hal ini. Jika UEFA tidak boleh berbuat apa-apa, kami akan heret kes ini ke mahkamah sukan di Swiss. Kami juga akan cuba mencari keadilan di Mahkamah Sepanyol dan Perancis.”

Tebas juga mahukan peminat faham bahawa perjuangan kali ini bukan semata-mata untuk Barcelona dalam kes Neymar. Tetapi ini untuk bola sepak Sepanyol.

“Ini bukan kerana kes Neymar semata-mata. Kami sudah tidak berpuas hati dengan banyak perkara sebelum ini. Namun Presiden UEFA, Cefferin tiada ketika itu.”

“Kami perlu menggariskan isu ini kepada UEFA. Sebelum ini tidak ada lagi pihak yang melakukan aduan sebegini. Ini bukan kerana Barca semata-mata ini adalah kerana bola sepak Sepanyol.”

“Hari ini Barca kena, esok lusa mungkin akan berlaku kepada Real Madrid, Atletico dan kelab-kelab lain di Sepanyol.”

“Beberapa bulan lalu saya sudah bercakap sendiri dengan Presiden PSG berkaitan perkara ini. Saya cakap kepada beliau yang kami tidak akan berdiam diri jika beliau mahu meneruskan hasrat ini.”

“Beliau sangat marah ketika itu.”

“Saya tahu kami ada hubungan dengan beliau. Jangan lupa, syarikat penyiar BeIn adalah milik beliau dan ia juga rakan penyiar kami. Itu tidak bermaksud kami hanya perlu berdiam diri.”

Sumber

ESPN – http://www.espnfc.com/spanish-primera-division/story/3167720/la-liga-president-javier-tebas-threatens-ffp-legal-action-against-psg

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN