Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Sri Mukhriz Mahathir berharap tiada agenda tersembuyi yang disorok oleh pihak Malaysian Football League (MFL) mengenai isu geran pasukan.
Menurut laman Berita Harian, Presiden KFA itu menzahirkan kerisauan tersebut kerana proses pembayaran itu sudah mengambil masa yang cukup lama.
Malah, ia turut dikhuatiri akan hanya akan memberikan persepsi buruk kepada MFL oleh semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.
Dalam masa yang sama, Mukhriz turut berharap tiada sebarang agenda tersembunyi oleh MFL dalam hal urusan ini.
“Kami tak mahu isu ini akan jadi masalah kepada pasukan kerana perlawanan akhir Piala FA Malaysia sudah semakin hampir.”
Mukhriz bersuara mengenai isu geran ini tidaklah kerana pasukan Kedah kendaliannya sahaja, tetapi merangkumi semua pasukan di Liga Malaysia.
`Menurutnya, perbelanjaan pasukan Kedah cukup tinggi sementara ada lagi pasukan yang lebih kecil turut mengalami kesukaran akibat kelewatan pembayar geran ini.
“Pasukan dengan bajet yang besar pastinya tidak begitu endahkan mengenai pembayaran geran ini. Namun bagi pasukan yang kecil, mereka amat memerlukannya.”
“Perbelanjaan pasukan Kedah sendiri cukup besar, jadi pembayaran geran diperlukan oleh pasukan kami.”
Kedah kini menduduki tangga ke-3 saingan Liga Super dan berada dalam posisi terbaik untuk ke perlawanan akhir Shopee Piala FA.
Kali terakhir mereka menjulang kejuaraan tersebut adalah pada tahun 2017.