Presiden FIFA Beri Sebab Penting Tujuan Utama Datang Ke Indonesia

Semalam, Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) iaitu Gianni Infantino telah pun bertemu dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) untuk membincangkan hal masa depan bola sepak negara tersebut.

Menerusi sidang media semalam, Infantino terlebih dahulu mengucapkan takziah dan berkongsi rasa sedih mengenai tragedi di Stadium Kanjuruhan yang telah menyebabkan ratusan nyawa melayang.

Seterusnya, beliau juga menyatakan tujuan sebenar kedatangan FIFA ke Indonesia adalah untuk sesuatu yang lebih positif buat bola sepak di sana pada masa akan datang.

“Kehadiran saya ke Indonesia kali ini pastinya untuk memberi penghormatan kepada keluarga mangsa Tragedi Kanjuruhan.

“Selain itu, saya juga mempunyai misi baharu untuk bola sepak di Indonesia yang pastinya bakal membawa perubahan positif.

“Saya boleh beri jaminan kehadiran kepada Presiden Indonesia dan para penyokong mengenai kehadiran kami kali ini adalah untuk bekerjasama dengan lebih erat bersama PSSI dalam usaha melakukan transformasi baharu bola sepak.

“Ini kerana kami tahu bola sepak merupakan hiburan paling disukai oleh para penduduk di Indonesia dan itu keutamaan kami untuk membawa perubahan lebih baik,” jelas Infantino menerusi CNN Indonesia.

Infantino juga menegaskan FIFA bakal berada di Indonesia untuk membuat perubahan jauh lebih baik berbanding sebelum ini dalam sukan tersebut.

“Kami akan bekerja di sini iaitu Indonesia, kerana kami ingin membawa perubahan baharu dalam bola sepak tempatan.

“Ini adalah negara bola sepak dimana sukan tersebut mempunyai para penyokong yang sangat hebat dengan angka melebihi 300 juta orang,” tambahnya.

Selain menyampaikan rasa sedih atas tragedi yang berlaku baru-baru ini serta mengenai perubahan baharu bakal dibuat, Infantino juga melahirkan rasa teruja diri beliau mengenai kejohanan Piala Dunia B-20 2023 yang bakal berlangsung di Indonesia.

“Kejohanan Piala Dunia bakal dianjurkan pada tahun hadapan boleh dikatakan sangat unik untuk memperkenalkan budaya Indonesia di mata dunia.

“Segala usaha kini sudah mula dibuat sekarang untuk mengelakkan sebarang kesilapan berlaku dan Indonesia merupakan negara yang termasuk dalam kelas G20,” terang beliau.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN