Presiden Felda United, Anuar Malek Meninggal Dunia

Anuar Malek Felda United

Arena bola sepak negara dikejutkan dengan pemergian Presiden Felda United, Anuar Malek yang meninggal dunia di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur akibat kompilasi jantung.

Menurut sumber dari media sosial Felda United, Allahyarham telah dibawa pulang ke rumah keluarganya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Seremban-Kuala Pilah, Seremban.

Anuar Malek merupakan seorang tokoh korporat yang pernah menjawat beberapa jawatan penting dan menjadi ahli lembaga pengarah di beberapa syarikat seperti MSM Malaysia Holdings, Felda Techno Plant.

Jawatan terakhirnya adalah Timbalan Pengarah Besar FELDA (Pembangunan Komoditi).

Anuar Malek boleh dianggap sebagai satu simbol kejayaan buat FELDA memandangkan beliau sendiri merupakan anak kepada peneroka FELDA Sungai Kelamah, Gemas.

Beliau telah bekerja untuk FELDA selama 36 tahun sejak berusia 18 tahun selaku pembantu ladang dengan menerima gaji bulanan sebanyak RM370 di FELDA Serting, Bahau, Negeri Sembilan.

Selepas dilantik selaku Presiden Felda United bermula Mac 2019, beliau telah berjaya menyelesaikan pelbagai isu termasuk masalah tunggakan gaji bekas pemain dan jurulatih dan memastikan kantung kewangan skuad The Fighters berada dalam keadaan yang stabil.

Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman ketika dihubungi SemuanyaBOLA mengakui beliau dan semua warga Felda United melihat pemergian Anuar merupakan satu kehilangan besar.

“Encik Anuar adalah seorang pemimpin yang sangat baik, beliau sendiri adalah warga FELDA. Banyak dasar-dasar baharu yang beliau dah perkenalkan,” kata Afizal.

“Contohnya program-program pembangunan akademi, Piala Belia, Piala Presiden yang sudah 100 peratus diuruskan sendiri oleh pasukan yang terdiri daripada anak-anak peneroka FELDA.

“Skuad Liga Super juga daripada 35 peratus terdiri daripada anak-anak peneroka FELDA, kini sudah meningkat sehingga 60 peratus. Itulah antara pendekatan yang diambil beliau untuk menaikkan anak-anak FELDA dalam industri bola sepak negara.

“Beliau sangat rapat dengan pemain, staf dan semua pihak. Beliau biasa turun untuk melihat pasukan berlatih, sentiasa hadir menonton perlawanan jika tiada halangan tidak kira pasukan menang atau kalah.”

Kami warga SemuayaBOLA ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga digolongkan dalam kalangan orang-orang soleh.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Kredit Foto: Felda United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN