Presiden FAP Tegaskan Tak Mahu Lepas Jawatan, Terima Ugutan Bunuh

Presiden FAP, Zairil Khir Johari menegaskan beliau tidak akan berundur dari jawatan Presiden FAP seperti yang didesak penyokong Pulau Pinang.

Menurut laporan Berita Harian, Zairil berkata beliau mahu barisan kepimpinan beliau diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka sebagai pemimpin FAP.

Terima ugutan bunuh

Dalam masa yang sama, Zairil juga memberitahu yang beliau dan beberapa individu dalam FAP menerima ugutan bunuh.

Beliau juga berkata ugutan bunuh itu tidak ditujkan kepada beliau sahaja. Bahkan ditujukan kepada jurulatih Ashley Westwood dan juga para pemain.

Menurut Zairil, beliau sudah pun melakukan laporan polis mengenai ugutan tersebut.

Hasil dari ugutan tersebut, Zairil berkata pihak FAP akan mengambil kira pendapat penyokong yang konstruktif dan membina manakala komen berbentuk ugutan dan negatif akan diserahkan kepada pihak polis.

“Justeru, FAP berpendirian untuk ambil kira semua komen dan pandangan dikemukakan penyokong kepada FAP, termasuk komen yang konstruktif dan sebaliknya. Setiap komen berunsur ugutan juga akan diserahkan kepada pihak polis.”

Tersilap dengar

Semalam kami ada melaporkan yang penjaga gol Pulau Pinang iaitu Sani Anuar Kamsani bakal disingkirkan dari skuad Pulau Pinang akibat tuduhan atur perlawanan.

Menurut sumber dalaman FAP, insiden berikut tidak benar kerana beliau dipanggil badan disiplin FAP bukan kerana isu atur perlawanan sebaliknya Sani mengalami sedikit pertengkaran bersama Westwood.

Pertengkaran yang berlaku akibat salah faham ketika latihan telah memaksa Sani dan Westwood dipanggil pihak atasan untuk menjelaskan isu sebenar.

Westwood bagaimana pun telah diberikan amaran untuk meningkatkan prestasi pasukan dalam perlawanan seterusnya ketika menentang Melaka United.

Jika gagal, nasib beliau bersama pasukan mungkin tidak sampai 11 perlawanan seperti yang ditetapkan FAP.

Sementara Sani pula tidak akan dibuang dari pasukan Pulau Pinang.

Baca juga: Ranking Liga Malaysia Naik Dalam Ranking AFC, Hampir Dapat Slot Automatik ACL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN