Presiden FAM Akan Adakan Sesi Bertemu Penyokong Di Sabah Sabtu Ini

Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bakal adakan sesi bertemu penyokong bola sepak negara di Sabah pada minggu ini.

Menurut laman JOHOR Southern Tigers, Presiden FAM bakal mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa eksekutif FAM yang berlangsung pada minggu ini.

Mesyuarat tersebut bakal diadakan di Magellan Sutera Resort pada Sabtu ini – 8 April 2017.

Mesyuarat jawatankuasa eksekutif kali pertama itu akan diadakan pada sebelah pagi sebelum sesi bersama penyokong diadakan pada sesi sebelah petang.

Sesi bersama penyokong itu diadakan pada jam 2.30 di lokasi yang sama.

Menurut laman JST, para peminat bola sepak negara dibenarkan untuk bertanya mengenai pelbagai soalan dan ia bukanlah melibatkan mengenai FAM semata-mata.

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Malah, penyokong juga dibenarkan bertanya mengenai soalan-soalan lain yang diluar topik FAM.

Dalam masa yang sama, penyokong bola sepak negara boleh berkongsi pendapat dengan Presiden FAM mengenai situasi bola sepak negara.

“Penyokong boleh menyuarakan sendiri pandangan, berkongsi pendapat serta bertanya apa sahaja soalan kepada Presiden FAM dan bukan terhad kepada soalan mengenai FAM sahaja.”

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama dalam 25 tahun presiden FAM hadir melawat negeri Sabah.

Sesi bertemu penyokong di Sabah telah pun disuarakan Presiden FAM ketika sesi bersama penyokong di Kuala Lumpur sebelum ini.

Jadi apa lagi orang-orang Sabah? Jangan lepaskan peluang ini!

Baca juga: TMJ Jelaskan Isu Jurulatih Dan Ajak Semua Ubah Mentaliti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN