Presiden FAM Luah Rasa Kecewa, Akan Guna Pengadil Luar Untuk Perlawanan Besar

Kebelakangan ini, pengadil di Liga Malaysia sering menimbulkan prestasi yang kurang baik dan disebabkan itu telah timbul pelbagai situasi kurang senang oleh para peminat terutamanya.

Presiden FAM baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan di laman rasmi FAM kerana prestasi pengadil yang kurang baik.

Berkenaan isu pengadil, dalam masa seminggu ini kami telah menerima beberapa laporan yang mengatakan pengadil telah menjalankan tugas mereka dengan teruk untuk beberapa perlawanan sebelum ini..”

Gambar: TRWFC

Presiden FAM dikatakan akan menggunakan sepenuhnya perjanjian FAM dengan FA Jepun untuk membawa masuk pengadil luar untuk mengadili perlawanan utama di negara kita.

Ia merupakan satu tindakan dimana FAM mahu mengelakkan semua pihak menuding jari terhadap mereka.

Jika ada yang mengatakan JDT menang kerana saya adalah Presiden FAM, saya telah memenangi 7 piala buat JDT dan menentang sistem sebelum menjadi Presiden FAM sebelum ini.”

Kecewa

Presiden FAM juga menyatakan kekecewaanya terhadap barisan exco terdahulu yang gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Hal ini kerana tindakan mereka terdahulu, FAM bakal mengalami lebih banyak masalah apabila perlu membayar denda yang cukup banyak.

Hal yang dimaksudkan Presiden FAM adalah kes melibatkan FAM dengan MP & Silva.

Presiden FAM memberi bayangan yang jika FAM tewas, FAM perlu membayar denda sebanyak RM25 juta!

Malah, FAM perlu bayar lagi RM9 juta jika tewas di mahkamah mengenai kes dengan syarikat yang menguruskan jelajah Harimau Muda di Slovakia.

Presiden FAM nyata pelik kenapa exco terdahulu boleh menandatangi perjanjian sebegini tanpa memikirkan kewangan FAM terlebih dahulu.

Sepatutnya keutamaan, kelebihan dan financial securities serta apa sahaja kepentingan adalah kepada FAM.”

“Tetapi sekarang ini apa yang berlaku adalah perjanjian-perjanjian yang lemah yang telah ditandatangani oleh FAM dan meletakkan badan induk ini di dalam keadaan yang susah.”

Presiden FAM bakal mendapatkan bantuan dari pegawai kerajaan Johor dan di Singapura untuk membantu dalam hal ini.

Dalam masa yang sama, Presiden FAM bakal bertemu dengan pegawai atasan dan pemilik MP & Silva bagi membincangkan hal ini.

Insya-Allah saya akan cuba apa yang saya boleh untuk selesaikan perkara ini di luar mahkamah dan supaya kita boleh menjaga duit yang ada dalam FAM.”

Baca juga: Pogba Mengaku Tertekan Hidupkan Jangkaan ‘Tak Masuk Akal’ Di Man United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN