Presiden FAM Kini Secara Rasminya Terima Gelaran Tan Sri

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Bin Mohd Amin kini secara rasminya menerima gelaran sebagai Tan Sri setelah beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M).

Menerusi perkongsian Vocket FC, Darjah Kebesaran itu dikurniakan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, sebentar tadi.

Untuk rekod, Hamidin merupakan salah seorang daripada 116 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang yang diadakan di Istana Negara itu.

Sejarah Hamidin dalam dunia bola sepak boleh dianggap cukup lama dan beliau memiliki pengalaman luas serta telah dicurahkan melalui FAM selaku Presiden.

Kejayaan Malaysia melayakkan diri ke pentas Asia 2023 merupakan salah satu sumbangan besar beliau yang tidak dapat dipertikaikan oleh sesiapa bagi menamatkan penantian 42 tahun.

Bermula selaku Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor sejak 1998 hingga 2003, Hamidin melebarkan pengalamannya bersama FAM pada tahun 2013 selaku Setiausaha Agung.

Ketika itu, beliau hadir selaku pengganti kepada Datuk Seri Azzuddin Ahmad dan beliau berada bawah kepimpinan Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Selepas enam tahun, Hamidin secara rasminya dilantik selaku Presiden FAM pada tahun 2018 bagi menggantikan kepimpinan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dengan sangat baik.

Menjawat selaku Presiden FAM, banyak perubahan-perubahan baharu dilakukan beliau dalam usaha untuk memartabatkan bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa.

Malah, kedudukan ranking Harimau Malaya juga bertambah baik menerusi gerak kerja Hamidin bersama pengurusan, kejurulatihan serta pemain yang dianggap sangat membanggakan.

Salah satu pencapaian terbaharu paling membanggakan buat Hamidin, pastinya ketika beliau bertindak selaku Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.

Kami di Semuanya BOLA ingin mengucapkan tahniah buat Hamidin atas gelaran diterima dan berharap lebih banyak perubahan positif dilakar beliau buat bola sepak negara pada masa hadapan.

Malah, ianya akan menjadi lebih manis jika Malaysia turut menjuarai kejohanan Pestabola Merdeka 2024 sebagi penghargaan buat Hamidin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN