Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness membidas Barcelona berkenaan minat dari gergasi Catalan itu untuk mendapatkan Ousmana Dembele dari Borussia Dortmund pada jendela perpindahan musim panas ini.
Kelab Catalan itu dilaporkan sudah mempunyai bidaan bernilai €100 juta ditolak oleh Borussia Dortmund namun Barcelona tetap kekal yakin mereka mampu membawa Dembele ke Nou Camp sebelum jendela perpindahan ditutup.
Barcelona kini sedang sibuk untuk mencari penggani kepada Neymar Jr. yang meninggalkan Nou Camp untuk menyertai Paris Saint-Germain dengan rekod perpindahan dunia bernilai €222 juta.
Dembele telah digantung oleh Dortmund selepas gagal mengikuti latihan dan dikatakan sudah tidak menghubungi pihak kelab sejak seminggu yang lalu.
Rakan sepasukan Dembele di Dortmund, Gonzalo Castro mengakui terkejut dengan tindakan dan sikap pemain tersebut walaupun mengakui tidak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab mendorong Demebele bertindak sedemikian.
Bayern Munich sendiri telah menandatangani beberapa pemain daripada Borussia Dortmund sejak beberapa musim yang lalu.
Antara bekas pemain Dortmund yang telah berpindah ke Bayern Munich ialah seperti Mario Gotze, Robert Lewandowski dan juga Mats Hummels.
Namun Uli Hoeness menyifatkan percubaan Barcelona untuk cuba mempengaruhi Dembele adalah tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.
Bercakap kepada Eurosport sebelum perlawanan pembukaan Bundesliga menentang Bayern Leverkusen pada Jumaat lalu, Hoeness berkata:
“Jika Barcelona adalah pihak yang bertanggungjawab ke atas perubahan sikap Ousmane Dembele, maka saya hilang rasa hormat kepada kelab Catalan itu.”
“Untuk mempengaruhi seseorang pemain melanggar kontrak adalah perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku.”
Pihak pengurusan Barcelona yang diketuai oleh Pep Segura kekal yakin mampu membawa Dembele dan juga Philippe Coutinho ke Nou Camp dalam masa terdekat, namun kenyataan tersebut dinafikan oleh Doertmund dan juga Liverpool.
Skuad kendalian Ernesto Valverde akan memulakan kempen La Liga bertemu dengan Real Betis pada hari ini.
Sumber:
1. Goal (2017): BAYERN PRESIDENT HOENESS SAYS BARCELONA ARE ‘LOWEST CLASS’ IF THEY’RE BEHIND DEMBELE ANTICS; http://www.goal.com/en-qa/news/bayern-president-hoeness-says-barcelona-are-lowest-class-if/1szuupr01yr1y1ow27een3cz0l