Presiden Bayern Munich Ancam Boikot Skuad Kebangsaan Jika Penjaga Gol Digugurkan

Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness secara terbuka mengancam untuk melakukan boikot terhadap skuad kebangsaan Jerman dengan tidak membenarkan pemain kelab tersebut menyertai skuad kendalian Joachim Low.

Tindakan itu dilakukan jika Low berani untuk menggugurkan Manuel Neuer untuk memberi laluan kepada Marc-Andre ter Stegen.

Ter Stegen sebelum ini pernah mengadu secara terbuka mengenai kurangnya peluang beraksi bersama Die Mannschaft.

Dan Hoeness tidak teragak-agak untuk menghalang pemain Beyern dari menyertai pasukan kebangsaan pada masa hadapan sekiranya Low berterusan melakukan pertukaran penjaga gol.

“Sebelum itu berlaku, kami [Bayern Munich] tidak akan menghantar mana-mana pemain untuk bersama pasukan kebangsaan.” ujar Hoeness kepada Sport Bild.

“Kami tidak boleh menerima akan ada perubahan di sini.”

Hoeness juga dikatakan enggan bertemu dengan Low bagi membincangkan perkara ini secara lebih lanjut.

“Beliau [Low] sudah mengetahui apa yang saya cuba sampaikan,” tambah beliau.

Kisah rasa tidak puas hati Hoeness sebenarnya bukan perkara baharu.

Selepas Ter Stegen meluahkan rasa kecewa kerana sering disisihkan pada perlawanan antarabangsa, Hoeness secara tiba-tiba masuk campur dengan nasihat yang tidak perlu bagaimana untuk mengendalikan isu tersebut.

“”Anda hanya perlu meletakkan Encik Ter Stegen di satu sudut dan maklumkan kepada beliau bukan begitu caranya ianya dilakukan di sini,” ujar Hoeness.

Low dikatakan mulai menimbulkan kemarahan kem Bayern Munich termasuk Hoeness selepas bertindak mengugurkan Jerome Boateng, Thomas Muller dan Matts Hummel dari skuad kebangsaan Jerman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN