Presiden Barcelona: VAR Sentiasa Untungkan Pasukan Yang Sama

VAR

Keberkesanan penggunaan Video Assistant Referee (VAR) terus dipertikai dalam saingan La Liga apabila Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu menganggap teknologi tersebut sentiasa menyebelahi musuh tradisi mereka, Real Madrid.

Sejak saingan liga kembali bersambung, beberapa kali bantuan teknologi itu telah menghadiahkan sepakan penalti buat Real Madrid yang mengakibatkan Los Blancos dapat menjarakkan mata bagi meninggalkan Barcelona.

Pada perlawanan bertemu Athletic Bilbao malam tadi, Real Madrid sekali lagi mendapat ‘rezeki’ yang sama seperti menentang Getafe tempoh hari apabila dianugerahkan sepakan penalti selepas kekasaran pemain lawan dalam kawasan penalti dirujuk kepada VAR.

Lebih membuatkan Barcelona kepanasan, kedua-dua sepakan penalti berjaya disudahkan dengan baik oleh Sergio Ramos dan jaringan tunggal tersebut memberikan tiga mata penuh buat skuad bimbingan Zinedine Zidane itu.

Sehubungan dengan itu, Bartomeu beranggapan VAR seolah-olah memainkan peranan dalam menguntungkan satu pasukan yang sama sahaja.

”Saya menyaksikan perlawanan di San Maemes sehingga tamat separuh masa kedua,” ujar Bartomeu menurut laporan Goal.

”Saya berasa kecewa kerana kami mempunyai liga yang terbaik di dunia dan VAR selepas wabak melanda seperti tidak adil.”

”Ia telah mengubah beberapa keputusan dan sentiasa memberikan keuntungan kepada pasukan yang sama.”

Sebelum ini, Luis Suarez pernah mengakui bahawa beliau tidak menggemari VAR yang disifatkkan boleh menghilangkan sifat semulajadi bola sepak.

Barcelona ketika ini sedikit tertekan untuk menjulang trofi La Liga buat kali ketiga berturut-turut selepas mereka ketinggalan empat mata di belakang Real Madrid selepas mengharungi 34 perlawanan.

Awal pagi tadi, skuad bimbingan Quique Setien itu berjaya menundukkan Villareal dengan keputusan 4-1 hasil jaringan sendiri pemain pertahanan, Pau Torres seawal minit ketiga, Luis Suarez [minit ke-20], Antoine Griezmann [minit ke-45] dan pemain muda, Ansu Fati melengkap kemenangan bermakna itu pada minit ke-86.

Manakala, jaringan menerusi sepakan penalti kontroversi disudahkan oleh Sergio Ramos pada minit ke-73 ketika bertemu Athletic Bilbao sudah cukup untuk mengukuhkan kedudukan Real Madrid di puncak liga.

Kredit featured image: David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Barcelona:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN