Presiden Barcelona Sakit Hati Dengan Lionel Messi Kerana Pilih Inter Miami?

Lionel Messi

Legenda bola sepak Argentina, Lionel Messi akhirnya memilih destinasi seterusnys dengan tidak lagi meneruskan perjuangannya bersama-sama Paris Saint-Germain (PSG).

Selepas meninggalkan PSG, Messi dikaitkan dengan pelbagai destinasi antara mengikuti jejak langkah Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema yang beraksi di Arab Saudi.

Malah, ada juga yang mengaitkan pemain itu dengan kepulangan semula ke Barcelona dengan ianya kelihatan sangat hampir pasti untuk terjadi.

Akan tetapi, semuanya tidak menjadi nyata apabila Messi memilih untuk berpindah ke Amerika Syarikat dengan menyertai kelab Inter Miami.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Keputusan itu jelas sekali menghasilkan kejutan kerana ramai yang menyangka Messi akan ke Asia atau kekal di Eropah untuk beberapa musim lagi.

Ianya jelas menjadi kejutan apabila laman Instagram Inter Miami meningkat dengan mendadak jumlah pengikutnya daripada satu juta kepada lima juta dalam masa 24 jam selepas Messi diumumkan menyertai kelab tersebut.

Ianya menjadikan Inter Miami mengatasi mana-mana kelab Major League Soccer, Major League Baseball, National Hockey League dan National Football League.

Apa yang menjadi lebih kejutan adalah dengan pemergian Messi ke Amerika Syarikat telah menghasilkan respon oleh Barcelona menerusi presidennya dalam satu kenyataan rasmi. Eh?

Dalam kenyataan tersebut, Presiden Barcelona iaitu Joan Laporta mengatakan yang beliau menerima dan menghormati keputusan Messi untuk tidak lagi bermain bola sepak kompetitif seperti di Eropah.

“Pada 5 Jun, Jorge Messi, bapa dan wakil kepada Lionel Messi memberitahu presiden kelab iaitu Joan Laporta mengenai keputusan pemain itu untuk menyertai Inter Miami walaupun telah dibentangkan perancangan untuk daripada Barcelona mengenai kemahuan kedua-dua pihak menyaksikan Messi menyarung semula jersi kelab.

“Presiden Laporta memahami dan menghormati keputusan Messi untuk bersaing dalam liga yang lebih kurang tekanannya, jauh daripada tumpuan dan tekanan yang menyelubungi dirinya sejak sekian lamanya,” tulis kenyataan Barcelona itu.

Sebelum ini, memang Messi ada mengakui yang pilihan beliau ke Amerika Syarikat adalah untuk menjauhkan diri daripada tumpuan orang ramai terhadapnya.

“Jika saya tidak kembali ke Barcelona, saya mahu keluar daripada Eropah. Saya nak keluar daripada tumpuan dan lebihkan masa bersama-sama keluarga.

“Saya mahu menikmati bola sepak dengan cara yang berbeza dan menikmatinya dari hari ke hari,” kata Messi menerusi CNBC.

Apa yang dikatakan Messi itu kemudiannya disebut semula oleh Laporta dalam kenyataannya. Dari nadanya, seolah presiden tersebut sakit hati atau kecewa dengan keputusan yang dilakukan pemain itu.

Nampak seolah misi Laporta untuk membawa Messi pulang semula ke Barcelona telah gagal kerana apa yang terjadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN