Presiden As Roma, James Pallotta mengkritik mutu pengadilan dalam aksi timbal balik AS Roma vs Liverpool di Stadio Olimpico.
AS Roma tewas 5-2 di Anfield dan menang 4-2 di Rome. Liverpool mara dengan agregate 7-6.
Roma merasakan pengadil harus menghadiahkan penalti selepas bola terkenaTrent Alexander Arnold dalam kotak penalti.
https://twitter.com/Solano_56/status/991772999773839362
Edin Dzeko turut dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Loris Karius. Edin Dzeko sudah pun diangkat bendera ofsaid oleh penjaga garisan. Namun ulang tayang menyaksikan Dzeko berada dalam kedudukan ‘onside’.
Pallotta berkata:
“VAR perlu dibawa segera ke UCL kerana anda tak boleh terus biarkan perkara seperti ini berlaku.”
“Anda lihat kembali rakaman, Dzeko tidak ofsaid dan beliau dijatuhkan dalam kotak penalti. Minit ke-63 adalah ‘handball’. Pada minit ke-67 Schick dijatuhkan di dalam kotak penalti.”
“Saya tahu pengadil sedang mengadili perlawanan sukar tetapi agak memalukan kami kalah dengan agregat cara ini.”
“Mereka patut bermain 10 pemain pada minit ke-63 selepas insiden itu.”
“Liverpool pasukan yang hebat, tahniah untuk kemaraan mereka. Tetapi, jika UCL tidak ada VAR dalam kejohanan mereka, ianya satu jenaka.”
Pengarh Sukan AS Roma, Monchi juga berpendapat yang sama dan meminta keadaan dalam perlawanan itu dianalisis semula.
“Saya tidak faham kenapa kejohanan sebesar ini tiada VAR.”
Kapten AS Roma, Daniele De Rossi menyatakan beliau dan Dzeko tidak perasan akan insiden bola terkena tangan Arnold kerana benda berlaku sangat pantas.
Roma turut mendapat penalti daripada situasi agak ‘soft’ dengan bola terkena Klavan pada keadaan pemain tersebut tidak menunjukkan sebarang reaksi ke atas bola dengan tangan beliau yang di berada di bawah.
Liverpool juga ada 2 penalti yang tidak diberikan pengadil daripada situasi di mana bola terkena tangan Nainggolan dalam situasi yang sama dengan Klavan.
Seterusnya Sadio Mane turut mendakwa dia ditolak Manolas dengan 2 tangan di dalam kotak penalti pada minit ke-8.
Kemudian, Roma juga berpotensi hilang seorang pemain apabila Florenzi melakukan bentesan gunting dari belakang yang bahaya ke atas Mane.