Salah satu kejutan terbesar dalam saingan Liga Juara-juara eropah musim ini adalah dicipta oleh AS Roma. Mereka tewas 4 -1 dalam perlawanan pertama dengan 2 sendiri dilakukan mereka.
Misi sukar di Stadium Olimpico untuk memastikan mereka mendapat 3 gol dan sebarang gol daripada Barcelona amat tinggi galang gantinya.
Namun begitu, kegembiraan As Roma sedikit terjejas apabila presiden Roma, James Pallotta dikenakan denda selepas menyambut kemenangan pasukannya ke atas Barcelona secara melampau dengan mandi di dalam kolam air pancut di tengah bandar Eternal.
https://twitter.com/FabrizioRomano/status/983843962401316864
Menerusi rakaman video, Pallotta yang dikelilingi penyokong AS Roma, dilihat sengaja terjun ke dalam kolam air pancut di Piazza del Popolo selepas pasukannya menang 3-0 sekali gus membolehkan mereka layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara menerusi gol di tempat lawan.
Mandi di air pancut adalah dilarang di Rome dan Pallotta terpaksa membayar denda sebanyak 450 euro (RM2,156) atas tindakannya itu.
“Pallotta sudah memohon maaf, beliau melakukannya kerana terlalu seronok,” kata datuk bandar Rome, Virginia Raggi ketika mengesahkan permohonan maaf pengendali berusia 60 tahun itu.
Pallotta yang memegang saham terbesar kumpulan pelaburan Raptor, berpangkalan di Amerika Syarikat dan berada di Rome kerana mahu membincangkan projek stadium baru bersama Raggi.
“Beliau faham dengan kesan tindakannya itu dan bersetuju membayar denda,” kata Raggi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi, persatuan pengguna Codacons melabel tindakan berkenaan sebagai ‘contoh buruk buat jutaan penyokong Roma dan pelakunya wajar menghormati harta benda awam serta hak sejarah.’