Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) telah menyingkir Claudio Tapia dari kedudukannya sebagai wakil ke FIFA untuk badan induk bola sepak itu, selepas Tapia sebelum ini lantang mengkritik penganjuran kejohanan Copa America yang diadakan di Brazil.
Tapia adalah Prsiden kepada Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), sebelum ini mengkritik CONMEBOL melalui satu surat terbuka yang ditulis pada 3 Julai ketika Copa America sedang berlangsung.
Declaración del Consejo de CONMEBOL.
➡️ https://t.co/VQZOMGtdqg pic.twitter.com/xlwDJCO0ff
— CONMEBOL.com (@CONMEBOL) July 23, 2019
Dalam surat tersebut Tapia berkata Argentina amat terkesan dengan kualiti pengadil dan juga padang di kejohanan tersebut selepas kekalahan 2-0 Argentina kepada Brazil di peringkat separuh akhir.
Kapten Argentina, Lionel Messi turut senada dengan Tapia yang berkata berlakunya unsur rasuah di kejohanan tersebut, dan ianya telah disediakan demi memastikan Brazil tampil sebagai juara.
El Chiqui fue retirado de su cargo como representante de la Confederación Sudamericana de Fútbol ante la FIFA.https://t.co/T3ieZoVH5d
— TyC Sports (@TyCSports) July 23, 2019
Selepas tewas kepada Brazil tempoh hari, bintang Barcelona itu berkata: “Kami [Argentina] tidak perlu menjadi sebahagian daripada rasuah yang memberi kesan kepada pasukan dalam kejohanan ini.”
Komen oleh Messi itu dilihat ramai sebagai keluhan emosi dari pemain tersebut. Beliau kemudiannya memohon maaf secara terbuka kepada CONMEBOL kerana dakwaan liar tersebut.
Pada Selasa (semalam), CONMEBOL mengumumkan akan ada undian untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh wakil dari Argentina itu.