Premier League Semakin Hampir Laksanakan ‘Winter Break’ Tanpa Korbankan Aksi Boxing Day

Adakah Premier League akan melaksanakan rehat musim sejuk dalam masa terdekat?

Perkara ini kembali bermain di ruang fikiran peminat bola sepak England apabila pengerusi Premier League, Richard Scudamore mendedahkan Premier League, FA England (FA) dan English Football League (EFL) sedang berbincang untuk mewujudkan rehat musim sejuk di liga Inggeris.

2243694.main_image

Punca utama rehat musim sejuk tidak berlaku di England

Namun begitu menurut Scudamore, cadangan ini masih berada dalam peringkat perbincangan.

“Terdapat kemahuan untuk melaksanakan rehat musim sejuk ini namun saya tidak boleh janjikan apa-apa lagi. Jika perkara ini mudah, sudah lama kita laksanakannya.”

Punca utama mengapa rehat musim sejuk ini sukar dilaksanakan adalah disebabkan oleh perjanjian hak penyiaran TV bernilai £5.14 billion yang hanya akan berakhir pada 2019.

Dan menurut ketua eksekutif FA, Martin Glenn, mereka telah melakukan segala yang termampu untuk sekurangnya mengurangkan kepadatan jadual perlawanan.

“Kami boleh membantu sedikit untuk mengatasi kepadatan jadual. Oleh sebab itu kami memperkenalkan tiada lagi perlawanan ulangan bermula dari suku akhir (bermula musim ini) untuk FA Cup.”

martin-glenn-ngs-speech

Sokongan kuat dari Big Sam

Idea rehat musim sejuk ini turut disokong kuat oleh pengurus baru England, Sam Allardyce.

allardyce

Sokongan beliau terhadap idea winter break ini dibuat ketika beliau menghadiri sidang media pertamanya sebagai pengurus England pada beberapa hari lepas.

“Ia akan membantu Premier League dan juga kami (pasukan kebangsaan England) di peringkat antarabangsa. Januari dan Februari adalah waktu paling sukar untuk pemain lalui.”

Allardyce merupakan pendukung kuat idea rehat musim sejuk sejak sekian lama.

Pendapatnya juga relevan kerana kepadatan melampau ketika Januari dan Februari, ditambah pula dengan penangguhan perlawanan (jika ada) kerana padang beku dan diselaputi terlalu banyak salji akan memenatkan pemain di akhir musim.

Seterusnya, pemain tidak dapat beraksi dengan baik ketika kejohanan antarabangsa pada musim panas sekiranya terdapat kejohanan pada tempoh itu.

Reaksi peminat

Rehat musim sejuk ini telah dipraktikkan dengan jayanya di negara-negara seperti Sepanyol, Jerman dan Itali.

Malah Scotland juga memperkenalkan rehat musim sejuk bermula musim ini.

Pasukan-pasukan di La Liga dan Serie A misalnya akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab lebih kecil di negara mereka.

Manakala bagi kebanyakan kelab dari Bundesliga, mereka akan mengadakan kem latihan di Timur Tengah lazimnya.

Namun bagi suasana dan keadaan di England, rata-rata peminat bola sepak England merasakan rehat musim sejuk itu perlu asalkan tidak menghapuskan tradisi bola sepak Inggeris – aksi bola sepak ketika Boxing Day.

Rata-rata peminat masih mahukan perlawanan pada Boxing Day dan juga pada tahun baru, kerana bagi orang Inggeris itu merupakan hiburan terbaik untuk mereka pada Krismas.

Oleh itu, mereka mahukan rehat musim sejuk diadakan pada bulan Januari ketika jendela perpindahan sedang berlangsung.

Kemahuan peminat itu nampak selari dengan cadangan Premier League, FA dan juga EFL yang mahukan rehat musim sejuk diadakan pada Januari.

Larangan ketika rehat musim sejuk

Namun jika liga bola sepak England mahu melaksanakan rehat musim sejuk, masih terdapat satu lagi permintaan dari peminat yang setiap pasukan mesti patuhi!

Peminat mahukan Premier League melarang mana-mana kelab untuk pergi bermain perlawanan persahabatan di tempat lain demi untuk mengaut keuntungan ketika rehat musim sejuk.

Ini kerana, mereka mahukan pemain kesayangan mereka ‘kekal segar dan bertenaga’ untuk mengharungi baki saingan musim tersebut.

Kami melihat cadangan ini sangat bernas dan realistik untuk dilaksanakan. Apa komen anda?

Baca juga: Agger Dedah Bagaimana Gabungan Pil Tahan Sakit, Kafein Dan Minuman Tenaga ‘Hancurkan’ Badannya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN