Mengapa Semua Kelab Premier League Pakai Lilitan Lengan Berwarna Pelangi?

Sejak akhir-akhir ini, peti masuk mesej di laman Facebook Semuanya BOLA malah di akaun Twitter kami juga sering memperoleh soalan ini – kenapa kelab Premier League pakai lilitan lengan berwarna pelangi?

Ada soalan yang ditanya oleh pembaca kami dan kami berjaya menjawabnya dengan secara ringkas. Namun apabila semakin ramai yang bertanya dan mahukan penjelasan penuh, kami rasakan lebih baik kami tuliskan satu artikel khas mengenai perkara ini.

Platform sukan

Andaian awal para pembaca ketika bertanya soalan kepada kami mengenai warna pelangi tersebut adalah – adakah ia berkaitan dengan warna gerakan LGBT?

Jawapannya adalah ya.

LGBT adalah singkatan bagi Lesbian, Gay, Bisexual Transexual. Di England, terdapat sebuah gerakan diberi nama Stonewall yang menjadi pendukung kepada gerakan LGBT ini.

Mereka sering melakukan kempen kesedaran agar golongan LGBT ini diterima di England. Dan kini, mereka menggunakan platform sukan sebagai langkah terbesar mereka untuk menyebarkan kesedaran mengenai LGBT setakat ini.

Stonewall telah berkerjasama dengan Premier League, England FA, English Football League, Premiership Rugby dan Rugby Football Union untuk membantu meningkatkan kesedaran agar golongan LGBT ini diterima umum oleh masyarakat sekeliling.

15171160_10154147573531915_211

Menurut Stonewall, 7 daripada 10 dari peminat bola sepak yang ke stadium telah mendengar sorakan berbaur provokasi terhadap golongan LGBT.

Namun begitu, sorakan berbaur provokasi terhadap golongan LGBT itu tidak diterima oleh 2/3 penyokong bola sepak. Dan mereka mahu sorakan sebegitu dihentikan.

Dan kerana itu, Stonewall merasakan masyarakat di England sudah mula menerima golongan LGBT di dalam komuniti mereka.

Oleh kerana itu juga mereka mula berani untuk meningkat kempen mengenai LGBT di platform sukan.

Warna pelangi

Sebagai tanda sokongan, kesemua kapten kelab di Premier League akan memakai lilitan lengan berwarna pelangi untuk beberapa perlawanan.

Selain daripada itu juga, kesemua pemain Premier League akan memakai tali kasut berwarna pelangi di kasut but mereka untuk beberapa perlawanan.

15241360_10154147573556915_618

 

Dalam masa yang sama bendera bersaiz gergasi berwarna pelangi juga akan dikibarkan sebelum perlawanan dimulakan.

Di media sosial, terdapat beberapa kelab Premier League yang secara terbuka menyokong gerakan LGBT ini.

Mereka menukar gambar profil laman media sosial mereka dengan logo kelab mereka dengan berlatar belakangkan warna pelangi.

Antara kelab-kelab yang pernah berbuat demikian adalah Manchester United, Manchester City dan juga Arsenal.

cityfb

Untuk kempen pada tahun ini, ia akan diadakan mulai 24 November sehingga 3 Disember akan datang melibatkan semua kelab di setiap divisyen Liga Inggeris, pelbagai jenis sukan termasuk ragbi untuk menunjukkan tanda sokongan kepada komuniti LGBT.

Bagi kita di Malaysia, cukuplah kita meraikan bola sepak itu sahaja, tanpa menghiraukan kempen tersebut yang sedang giat dilakukan melalui bola sepak.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN