Premier League Akan Tambah Baik Fungsi VAR

Premier League tidak akan memansuhkan penggunaan Video Assistant Referee (VAR) tetapi mereka akan memantapkan lagi penggunaan teknologi tersebut, lapor BBC Sport.

Menurut Ketua Pegawai Premier League, Richard Masters, penambahbaikan akan dilakukan sebagai usaha untuk menjadikan penggunaan teknologi itu semakin baik berbanding sebelum ini.

Beliau mengaku yang VAR di Premier League mengalami pelbagai kritikan tetapi untuk memansuhkannya bukanlah keputusan yang tepat.

“Saya tak rasa yang VAR itu merosakkan permainan tetapi saya akui ianya perlukan penambahbaikan.”

“Nak mansuhkan bukanlah satu keputusan yang baik, kita kena jadikan ianya lebih baik.”

Masters mengakui banyak keputusan pengadil berjaya diperbetul selepas wujudnya teknologi VAR di Premier League.

“Dalam insiden penting, kita berjaya tingkatkan ketepatan pengadilan hingga 94%. 97% dengan bantuan jadi sekarang kita melihat impak pada keputusan dan kesan positif kepada kedudukan liga.”

“Jelas sekali ada isu seperti kurang konsisten serta penangguhan yang lama ketika membuat keputusan yang buatkan penyokong tidak menggemarinya.”

Pada hemat Masters, kewujudan VAR telah memberi banyak kesan positif kepada Premier League apabila kehadiran penyokong di stadium dan tontonan televisyen semakin meningkat.

Dalam sebuah kajian bebas yang dihasilkan oleh YouGov, 67% penyokong bola sepak mengatakan VAR menghilangkan keseronokan dalam permainan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN