Pagi ini bakal menyaksikan pertemuan gergasi Perancis dan Sepanyol dalam pusingan pertama suku akhir Liga Juara Juara Eropah edisi ke 60 ini. Sebelum ini kedua pasukan telah di undi bersama dalam kumpulan F dengan Barcelona mengungguli kedudukan diikuti PSG ditempat kedua. Jika dilihat atas kertas juara empat kali Barcelona punyai kelebihan.
Berikut merupakan keputusan semasa saingan kumpulan F:
Ringkasan laluan Paris Saint-Germain ke suku akhir:
PSG menang 4 perlawanan, seri sekali menentang Ajax dan kalah sekali di Nou Camp. PSG menyingkirkan Chelsea di saingan 16 terakhir dengan kemenangan dramatik.
Ringkasan laluan Barcelona ke suku akhir:
Barcelona menang 5 perlawanan, tewas 3-2 di Parc des Princes. Mara ke suku akhir dengan menyingkirkan Manchester City di saingan 16 terakhir.
Baca: Reaksi Pemain Bola Sepak Terhadap Nutmeg Messi Semasa Menentang Manchester City
Penjaring terbanyak Paris Saint-Germain: Edison Cavani- 6 gol
Penjaring terbanyak Barcelona: Lionel Messi- 8 gol
Statistik:
- Kedua-dua pasukan pernah bertemu dua kali semasa di peringkat suku akhir. Wakil Perancis itu menang dengan agreget 3-2 pada tahun 1995. Manakala Barcelona menang agreget (3-3) menerusi kelebihan gol di tempat lawan pada tahun 2013.
- Barcelona tidak pernah menang dalam tiga perlawanan di Parc des Princes termasuk dalam peringkat kumpulan baru-baru ini.
- Lionel Messi telah menjaringkan 3 gol dalam 4 perlawanan menentang PSG di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah, manakala Neymar menjaringkan 2 gol dalam kedua dua perlawanan menentang PSG diperingkat kumpulan musim ini
- Zlatan Ibrahimovic, Thiago Motta dan Maxwell Scherrer pernah bermain untuk Barcelona.
- PSG belum pernah melepasi suku akhir semenjak 3 musim yang lalu.
- Dalam sejarah Liga Juara Juara Eropah PSG telah bermain 68 perlawanan dengan rekod 36 kali menang, 14 kali kalah dan 16 kali seri.
Rumusan:
Kini Barcelona dan PSG bertemu sekali lagi untuk merebut slot ke separuh akhir. Nyata PSG sedikit tempang dengan ketiadaan tonggak penyerang kelab itu, Zlatan Ibrahimovic. Bintang Sweden itu menghadapi penggantungan selepas dilayankan kad merah semasa pertembungan di Stamford Bridge bersama pemain tengah berpengaruh Itali Marco Verratti.
Baca: Zlatan Kini Mempunyai Search Engine Sendiri Seperti Google
Skrip yang hampir sama berlaku pada skuad kendalian Luis Enrique, bek kanan The Catalans, Dani Alves juga tidak akan beraksi setelah mengutip kad kuning ketiga semasa menentang Manchester City. Trio Neymar, Suarez dan Messi dijangka menjadi ancaman terbesar buat PSG. Bagaimanapun, sekiranya mereka hilang fokus, PSG cukup berbahaya untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan.
*Artikel ini merupakan sumbangan salah seorang pembaca kami iaitu Khairul Ahmad. Khairul Ahmad boleh dihubungi di email beliau [email protected].
**Kami mengalu-alukan anda untuk menghantar hasil karya berkenaan bola sepak ke [email protected].
LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter