Dengan pengenalan beberapa muka baru yang berprofil tinggi di barisan pemain Terengganu FA, musim 2015 bakal menjadi musim yang mengujakan kepada para peminat mereka di Stadium Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Terengganu FA menamatkan musim 2014 mereka di tangga ke empat liga, hanya satu mata di belakang pasukan Pahang . Meskipun beraksi cemerlang dalam saingan Liga Super, persembahan mereka agak mengecewakan dalam saingan piala FA dan piala Malaysia apabila terkandas awal dalam kedua-dua kejohanan.
Tahun ini, jika skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim ini mengekalkan momentum dari musim lalu serta memperbaiki kelemahan mereka di bahagian belakang, skuad dari Pantai Timur ini dilihat mampu mencabar kejuaraan liga.
Ketua Jurulatih
Nama Abdul Rahman Ibrahim sebenarnya cukup sinonim di bibir peminat bola sepak negeri Terengganu. Perlantikan beliau sebagai ketua jurulatih negeri Terengganu pada awal musim 2014 menggantikan E. Elaverasan sebenarnya merupakan kali ketiga beliau memegang jawatan tersebut.
Bekas jurulatih pasukan kebangsaan yang cukup berpengalaman ini gemar menerapkan permainan menyerang (attacking play) kepada skuad Terengganu. Hal ini cukup jelas apabila sepanjang musim lalu, mereka telah berjaya menghasilkan sejumlah 38 gol, jumlah kedua tertinggi dalam liga, hanya satu gol kurang dari jumlah gol terbanyak liga, JDT.
Corak attacking football ini juga dapat dilihat dengan ketara dalam kendalian coach Abdul Rahman Ibrahim apabila sepanjang musim 2014, mereka berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam 18 perlawanan dari kesemua 22 perlawanan liga. Ketibaan Paolo Rangel yang memegang reputasi sebagai penyerang paling berbisa liga Malaysia ke Kuala Terengganu pula bakal menyaksikan pasukan Terengganu berpotensi besar mencipta lebih banyak jaringan.
Barisan Pemain
Untuk musim 2015, kebanyakkan pemain skuad Penyu musim lalu dikekalkan oleh pengurusan kelab. Dari 22 pemain yang disenaraikan, 16 daripada mereka adalah dari skuad musim lalu dan menyaksikan 6 pemain baru direkrut untuk memperkasakan pasukan. 3 darpadanya adalah pemain dari skuad piala presiden menunjukkan indikasi yang positif dalam pembangunan bola sepak peringkat akar umbi.
Keizinan untuk meyenaraikan 4 pemain import oleh FAM pula memperlihatkan 3 muka baru awang import diserap kedalam skuad Penyu– Paolo Rangel (Brazil), Hassan Moni Chaito (Lubnan) dan Gustavo Fabian Lopez ( Argentina) disamping mengekalkan bek kental Cameroon mereka, Vincent Bikana.
Berikut pula formasi pilihan SemuanyaBola untuk pasukan Terengganu FA untuk musim 2015, bermain dengan formasi 4-4-2 diamond, dimana Haji Abdul Rahman Ibrahim perlu mencari keserasian antara penyerang-penyerang berbisa yang dimiliki.
Ayam Tambatan
Penyenaraian Gustavo Fabian Lopez dalam skuad Terengganu dilihat bakal mencipta atmosfera permainan menyerang yang menarik dalam liga Malaysia. Hal ini kerana, Gustavo Fabian Lopez mempunyai reputasi besar apabila dilabelkan sebagai perancang tengah terbaik di liga Indonesia untuk beberapa musim lalu .
Kehadiran Gustavo bukan sahaja dilihat bakal menyelesaikan masalah kurangnya umpanan ke barisan depan , malah beliau juga merupakan pakar bola mati (dead ball specialist). Selain memiliki keupayaan sepakan bebas yang baik, “Gusty” juga boleh membawa bola ke bahagian dalam third end kerana mahir menggelecek bola di ruang yang sukar.
Jika Abdul Rahman Ismail boleh mengeksploitasi keupayaan sebenar Gustavo melalui gerakan set pieces yang menarik disamping memanafaatkan setiap dead ball situation yang diperoleh, skuad Terengganu bakal menghabiskan musim 2015 dengan jumlah gol yang lebih banyak berbanding musim 2014.
Soalannya, adakah Gustavo mampu bermain sepanjang musim tanpa dibelenggu masalah kecergasan dan kecederaan yang sering menimpanya pada sepanjang tahun 2014?
Kekuatan
Penghijrahan penyerang terbaik Malaysia, Muhammad Norfarhan ke Kelantan, bakal dilupakan oleh peminat bola sepak Terengganu dengan kehadiran Paolo Rangel selaku pemegang kasut emas Liga Super musim lalu dan penyerang kebangsaan Lubnan, Hassan Moni Chaito. Dengan keupayaan bakat tempatan, Abdul Manaf Mamat dan berbekalkan umpanan-umpanan menarik dari Gutavo Lopez, pasukan Terengganu FA musim ini nyata dipenuhi dengan barisan pemain yang berpotensi besar untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.
Kelemahan
Jika dilihat pada musim lalu, kelemahan ketara pasukan Terengganu adalah di bahagian belakang – mereka gagal bertahan dengan baik ! Dalam semua perlawanan liga, mereka tewas sebanyak 6 kali dan bilangan perlawanan seri dengan bolos sebanyak 4 kali. Namun, dengan jumlah bolos sebanyak 28 gol musim lalu, angka ini adalah amat membimbangkan kerana mereka hanya memiliki 5 kali cleen sheet sepanjang musim. Persefahaman antara pemain di barisan pertahanan pasukan ini perlu diperkukuhkan oleh pengendali skuad Penyu untuk menjamin musim 2015 yang cemerlang.
Kesimpulan
Musim kedua Abdul Rahman Ismail di Kuala Terengganu akan menyaksikan permainan yang lebih kemas dari skuad Terengganu. Berpotensi sebagai pasukan yang tidak akan ketandusan gol, mereka perlu memperbaiki kelemahan di bahagian barisan belakang yang begitu ketara. Pengekalan Vincent Bikana di bahagian back four dilihat positif demi membentuk lebih keserasian bersama pemain bek Terengganu yang lain.
Musim 2015 bakal menjadi musim yang mengujakan bagi penyokong skuad Penyu.
Akhir kata dari kami, PETEH GANU PETEH !
Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.