Pratama Arhan Mohon Netizen Indonesia Henti Serang Pemain Lawan Di Media Sosial

Semalam, bintang muda bola sepak Indonesia iaitu Pratama Arhan yang kini mewakili Tokyo Verdy dalam saingan J2 League di Jepun telah pun memuat naik status pada Instagram mengenai teguran beliau buat para penyokong Indonesia.

Teguran tersebut dibuat beliau setelah kelibat para penyokong Indonesia dilihat sudah membanjiri komen laman Instagram pasukan lawan, Tochigi SC serta pemain mereka iaitu Kenta Fukumori.

Punca kemarahan penyokong Indonesia kerana mereka tidak berpuas hati dengan aksi Kenta apabila pemain tersebut kerap mengasari Pratama dalam perlawanan yang berlangsung membabitkan kelab Tokyo Verdy dan Tochigi SC.

Dalam aksi yang berlangsung di tempat lawan, Tokyo Verdy ketika itu telah menurunkan Pratama selaku senarai kesebelasan utama dan pemain itu dilihat kerap bertembung dengan lawannya iaitu Kenta sepanjang perlawanan.

Menurut laporan Bola.com, hasil pertembungan kedua pemain ini menyebabkan Pratama telah dilayangkan kad kuning dalam perlawanan tersebut.

Lebih menaikkan amarah penyokong Indonesia, kerana layangan kad tersebut telah membuatkan Pratama dilayangkan kad kuning dan digantikan oleh pemain lain iaitu Mizuki Arai pada separuh masa kedua.

Dalam perlawanan tersebut juga Pratama buat pertama kali diturunkan di bahagian sayap kanan berbanding posisi dominannya pada sebelah kiri.

Jelas Pratama dalam status di Instagram rasminya, beliau memohon agar penyokong Indonesia saling bekerjasama agar menghormati pasukan lawan, Tochigi SC terutama sekali Kenta agar tidak menyerang dengan memberi reaksi negatif di komen.

“Bagi para supporter mohon kerjasamanya, untuk saling mengharagi dan berhenti menghujat Tochigi FC, khusunya pemain yang bernama Fukumori.

“Hal seperti ini membuat saya pribadi sedih. Dengan kerjasamanya, tolong hormati/hargai seluruh pemain Jleague, dimana saya sedang bermain saat ini.

“Fukumori adalah teman saya yang sama-sama mencintai sepak bola dan juga harus kita hormati,” jelas Pratama.

Pratama menjadi antara pemain muda yang sedang meningkat naik ketika ini selaku pemain Indonesia apabila beliau sentiasa menjadi sandaran utama bagi pengendali skuad kebangsaan, Shin Tae-yong untuk beraksi biarpun baru mencecah usia 21 tahun.

Pemain ini mencipta debut pertamanya bersama skuad senior pada bulan Mei tahun lalu dan menjaringkan gol buat pertama bersama pasukan kebangsaan ketika menentang Malaysia dalam aksi Piala AFF 2020 di Singapura.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN