Malam esok, satu lagi perlawanan menarik bakal disajikan buat para penyokong bola sepak tempatan membabitkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.
Tickets for the Super League match between Johor Darul Ta'zim FC (JDT) and Sri Pahang FC on 18 May 2022 will go on sale on https://t.co/RHuLRCcKoE from May 15, 2.00pm onwards. Each fan is allowed to purchase two tickets only. Luaskan Kuasamu Johor. pic.twitter.com/ZpmShUGtGf
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 15, 2022
Kedua-dua pasukan ini masing-masing mempunyai sejarah pertemuan yang amat menarik dan pastinya Benjamin Mora menyedari perkara tersebut untuk mempersiapkan skuadnya menghadapi Pahang.
Walaupun begitu, sedikit masalah berlaku buat pengendali dari Mexico apabila kemungkinan besar tiga tonggak pemainnya mungkin tidak dapat beraksi kerana masalah kecergasan dan kecederaan.
Menurut Mora, ketika ini hanya Shane Lowry dan Leandro Velazquez sudah menjalani latihan ringan bersama rakan sepasukan lain.
Manakala, pemain tengah berpengaruh mereka iaitu Natxo Insa masih lagi belum pulih daripada kecederaan untuk bersama-sama menyertai latihan.
“Belum pasti lagi saya akan menyenaraikan Leandro dan Shane kerana kedua-duanya masih belum berada di tahap kecergasan yang memuaskan dan saya sudah merangka strategi baharu.
“Jadi tidak timbul apa jua permasalahan untuk saya mempraktikkan corak permainan yang lebih ampuh apabila berdepan Pahang nanti kerana saya tahu mereka juga akan turun habis-habisan bagi mencalar rekod tanpa kalah JDT.
“Selepas aksi menentang Sarawak United, pemain mempunyai masa menjalani proses pemulihan dan juga saya dapat merangka perancangan taktikal yang lebih mantap kerana lawan kami nanti bukan calang-calang pasukan kerana Pahang ada kualiti tersendiri,” katanya menerusi Berita Harian.
Practice is a never-ending process for excellence. 🔴🔵
More photos at https://t.co/rx6dUQKYki#JDT#TrainingSession#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/GznoX04ZT7
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 16, 2022
Dalam masa sama, Mora juga melihat pemain import Pahang iaitu Manuel Hidalgo sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh anak-anak buahnya.
Gerakan licik pemain tersebut serta mampu menggerakkan struktur serangan pasukan dengan baik menjadi aset buat Hidalgo yang disifatkan Mora mampu memberi ancaman buat pertahanan JDT.
45+3' GOL | Rembatan Manuel Hidalgo dari luar kotak penalti meletakkan tuan rumah di depan!@OfficialPahang 1-0 @sufc_rasmi #LigaSuper2022 pic.twitter.com/HTEQSn44fb
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 11, 2022
Selain itu, beliau juga mahu para pemain konsisten sepanjang perlawanan dengan memberi fokus sepenuhnya dalam corak permainan kerana menyedari lawan mungkin beraksi lebih pantas untuk menyukarkan JDT daripada mencatat kemenangan.