Stoke City berduka dengan kecederaan yang dialami oleh kapten mereka, Ryan Shawcross. Ini selepa Shawcross terpatah kakinya dalam perlawanan pra musim menentang Leicester.
Shawcross, 31, cuba untuk mengeluarkan bola pada separuh masa pertama namun silap pendaratan dan kakinya patah.
Ryan Shawcross mengerang kesakitan. Petugas perubatan bergegas untuk merawat beliau dan beberapa minit kemudian dan diusung keluar padang dengan pengusung.
Pengurus Stoke City, Nathan Jones tidak dapat memberikan status sebenar Shawcross. Beliau cuma menyatakan pemain itu kelihatan cedera teruk.
Jones berkata: “Kita semua tahu, keadaannya agak serius. Namun berapa serius keadaannya, saya tidak tahu.”
“Shawcross adalah kapten pasukan dan beliau bermain dengan sangat baik pada pra musim ini. Beliau kembali ke kem latihan dengan kecergasan terbaik. Tetapi, agak sedih dengan apa yang menimpa beliau.”
[AMARAN: Video memiliki konten grafik kecederaan ngeri]
Shawcross has just broken his leg 🤐 pic.twitter.com/DMhCGf5RNO
— 1886 Shirts (Mark Gunner Runner) (@marky249) July 27, 2019
“Harapnya, ia tidak seteruk yang kita lihat. Dan saya harap beliau akan kembali secepat mungkin ke padang.”
Dalam perlawanan persahabatan itu, Leicester menang 2-1, menerusi jaringan kemenangan lewat Youri Tielemans.
Semoga cepat sembuh Ryan Shawcross.