Pra Musim Di Eropah, Minggu ‘Neraka’ Untuk Mempersiapkan Pasukan

Pra-musim, itulah perkataan yang sangat penting dalam kalendar bola sepak Eropah. Kalau boleh mereka tak mahu ada cuti antara musim, namun itu mustahil berlaku.

Kenapa mereka benci cuti?

Pada masa cuti inilah pemain tidak dikawal lebih ketat oleh pegawai pasukan. Ramai pemain akan tidak mengawal tidur dan makan makanan yang berlemak bergaram serta yang boleh menaikkan berat badan.

Pergerakan terutama larian mereka sudah tak cukup tajam kerana lama tak berlari secara intensif.

Dan apabila pra musim, pasukan Sains Sukan, jurulatih kecergasan adalah 2 watak yang paling ‘dibenci’ oleh ramai pemain. Pra musim adalah minggu-minggu di mana pasukan menyediakan pemain untuk menghadapi 1 musim.

Ia juga digelar minggu-minggu ‘neraka’ oleh mereka. Sebaik sahaja pemain masuk melaporkan diri ke kem pra-musim, mereka akan dinalisis dan laporan pun keluar. Kalau fizikal dalam kedaan lari ‘tune’, segalanya ditulis dalam laporan.

Masa inilah pemain-pemain akan di’kerja’kan dengan teruk. Untuk pemain yang dalam berat badan unggul pun akan termengah-mengah dalam sesi pertama selepas cuti, apatah lagi mereka yang ada peningkatan berat badan.

Lihat video di bawah ini, Unai Emery ‘memanggang’ ataupun meng-‘grill’ pemain beliau pada minggu pertama di Arsenal. Ini senario biasa di Eropah.

Lihat wajah-wajah pemain ini. Badan mereka nampak sasa dan tetap terjelir lidah kena dengan sesi mencari semula ‘tune’ pada fizikal mereka pada pra-musim.

Ramai pemain di Eropah akan melakukan latihan tambahan di rumah untuk memastikan mereka tidak terlalu jauh daripada kondisi terbaik. Lihat gambar di bawah ini, bagaimana Shaw mendapatkan kondisi badan terbaik sebelum pra musim bermula.

Dalam pra-musim ini aspek Sains sangat penting dan ia pada hari ini menjadi sangat saintifik dan kompleks.

Beberapa kaedah cadangan diserahkan kepada jurulatih yang bertanggunjawab dari segi beban latihan yang sesuai secara individu.

Di Real Madrid, Jolen Lopetegui yang bergelut dengan masa singkat kerana musim Piala Dunia ini dilaporkan telah menggabungkan rutin latihan fizikal dan latihan taktikal dengan bola dalam sesi latihan pertama mereka.

Cabaran apabila ada kejohanan major yang biasanya pada pra musim, memang akan lebih mencabar untuk jurulatih baru dilantik.

Mereka akan cuba mendapatkan aspek fizikal terbaik pemain dan pada masa sama cuba membentuk pemain dengan beberapa pemain baru dalam pasukan. Karakter individu dan karakter pasukan perlu dibentuk.

Hubungan antara pemain dan pasukan ditingkatkan terutama untuk pemain-pemain baru.

Misi utama pada pra musim adalah cuba mengenal pasti ‘peak’ kemuncak pemain pada data semasa untuk menjadi panduan pengurusan pasukan pada musim tersebut.

Ada pemain disenarai jual kerana ada data sulit dan persendirian yang menyatakan pemain ini seakan-akan tidak akan memberikan apa yang kelab harapkan.

Seterusnya, latihan pra musim konsepnya adalah intensif tetapi tidak bahaya (risiko kecederaan). Jadi, latihan fizikal termasuk keseimbangan seperti bawah ni dilakukan dengan serius tetapi harus berhati-hati.

Fokus latihan akan lebih kepada individu berbanding dengan latihan pada musim biasa. Ini kerana, tahap kecergasan setiap pemain berbeza dan mereka perlu diperhatikan secara lebih terperinci.

Sebab itu jumlah jurulatih dan staf yang ramai diperlukan. Jurulatih yang berbeza ada pelan pra-musim yang berbeza namun misi dia tetap sama adalah untuk menyediakan pemain menghadapi musim baru dalam keadaan terbaik.

Jelajah pra musim

Jelajah pra musim adalah kaedah untuk membolehkan pemain bercuti sambil bekerja. Ini untuk mengelakkan pemain daripada tertekan kerana overtraining. Pada masa sama ia membantu mempromosi publisiti kelab serta menambahkan jumlah penyokong.

Ia memang membantu dari segi sosial, psikologikal dan juga kecergasan. Dalam pra musim pemain akan banyak bergerak. Banyak mengayuh basikal dan sebagainya.

Basikal antara perkara yang disenaraikan dalam senarai ‘demand’ oleh mereka kepada pihak pengurusan hotel kerana mereka mahu memaksimumkan kadar pegerakan kaki pemain sambil bersantai-santai.

Excercise bike seperti ini antara perkara yang kerap diminta oleh mereka. Kalau boleh nak seorang satu. Ada yang memintanya diletakkan di stadium untuk stadium yang tiada kemudahan ini.

Jadi, anda tidak akan melihat mereka membuat benda lain seperti majlis pelancaran jersi pada pra musim.  Ini kerana masa-masa yang ada sangat berharga.

Mereka akan banyak berlari dan berbasikal. Kalau ada pun pelancaran jersi pada pra musim, rakaman video dirakam beberapa bulan lepas untuk dimuat naik dalam media sosial.

Biasanya pelancaran jersi baharu adalah sebelum musim berakhir pada musim sebelumnya.

Rumusan

Pra-musim adalah detik yang akan dirancang sebaik mungkin dan padat dengan jadual latihan.

Bola sepak adalah sukan yang memiliki nilai pasaran yang tinggi, selain daripada berlatih, pra-musim juga dijadikan wadah untuk mendekati penyokong.

Menang atau kalah adalah perkara kedua, paling utama jurulatih mahukan setiap kotak dalam borang di ‘tick’ tanda matlamat tercapai. Ianya melibatkan tugasan (task) diberikan kepada pemain.

Berapa pecutan diminta dalam perlawanan pra musim. Berapa hantaran dikehendaki dilakukan dalam masa 45 minit misalnya dan banyak lagi tuntutan lain kepada pemain.

Dan tak lupa, jurulatih (pengurus) juga turut memikirkan isu perpindahan, jual beli pemain pada pra musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN