Masih ingatkah anda dengan nama Leandro Damiao? Pemain yang pernah dikaitkan dengan Tottenhan Hotspur, Napoli, Milan dan banyak lagi kelab elit di Eropah satu ketika dahulu. Malah, kelab beliau ketika itu mengesahkan mereka menolak bidaan rasmi daripada Napoli dan Spurs kerana dianggap tidak cukup tinggi.
Spurs melakukan 3 bidaan sekitar €17- €20 juta untuk beliau. Napoli juga membida dengan nilai €18 juta – tetapi turut ditolak. Selain 2 kelab ini, AC Milan juga dilaporkan membida Damiao ketika itu. Kesemuanya ditolak.
Internacional kemudian menjadikan alasan pemain itu ada konflik dengan tajaan eksklusif yang menyukarkan beliau untuk berhijrah. Oleh itu Internacional dilaporkan meminta €50 juta seperti yang tertakluk dalam klausa pelepasan pemain itu.
Internacional kemudian mengumumkan sebarang tawaran kurang daripada angka itu tidak akan dilayan.
Namun selepas itu, harapan Internacional untuk mendapatkan wang yang banyak daripada Damiao tidak kesampaian. Prestasi beliau merudum dan kehilangan tempat dalam pasukan Brazil.
Santos kemudian cuba menghidupkan kembali karier Damiao dengan membayar €22 juta. Jauh daripada tanda harga €50 juta diletakkan sebelum ini. Dengan harapan mereka dapat meningkatkan semula nilai pemain itu. Namun gagal.
Daripada bintang yang dikehendaki, beliau pernah menjadi pemain tanpa kelab dengan status ejen bebas pada 2016 dan 2018.
Damiao mengumumkan kembali namanya
Beberapa jam yang lalu, Leandro Damiao memunculkan diri kembali di kacamata media antarabangsa. Ini apabila jaringan tunggal beliau membantu Kawasaki Frontale – yang beliau sertai pada Disember 2018 – mengejutkan juara Liga Europa Chelsea – dalam aksi pra musim. Lebih malang, Bakayoko mengalami kecederaan.
Kawasaki Frontale 1-0 Chelsea: Frank Lampard's side suffer shock defeat to J1-League outfit thanks to late winner from Leandro Damiao (and Tiemoue Bakayoko limps off with ankle injury) https://t.co/nlJzGcJOrl
— Mail Sport (@MailSport) July 19, 2019
Damiao dan Kawasaki Frontale menghadiahkan kekalahan pertama kepada Frank Lampard dalam aksi pra musim kali ini di Yokohama.
Kawasaki Frontale tidak mendapat banyak peluang dalam perlawanan ini. Namun cukuplah dengan peluang terhad, Damiao menanduknya masuk.
Anda pasti merindui keraian beliau bukan?
#中村憲剛 選手のパスから #レアンドロダミアン 選手!!#川崎フロンターレ が先制🐬✨
✔ ゴール!!
🏆 明治安田生命 #Jリーグワールドチャレンジ 2019
🆚川崎F vs チェルシー
🔢 1-0
⌚️ 86分
⚽️ レアンドロ ダミアン(川崎F)#Jリーグ
試合速報はこちら👇https://t.co/5QYMz7WRzm pic.twitter.com/2OtkBqkvrK— Jリーグ(日本プロサッカーリーグ) (@J_League) July 19, 2019
Dalam perlawanan ini juga, Chelsea memberikan debut tidak kompetitif kepada Christian Pulisic pada separuh masa kedua.
Chelsea gagal menembusi gawang lawan sepajang perlawanan selepas aksi yang agak hambar. Kemasukan Barkley menceriakan sedikit para penyokong menerusi 2 percubaan bahayanya.