Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) hari ini menyelar pihak yang tidak berperikemanusiaan kerana memotong gaji pekerja sebanyak 50% hanya kerana tidak dapat melakukan tugasan disebabkan menghidapi penyakit kanser.
Perkara itu dinyatakan melalui muat naik yang dilakukan di IG Story milik Baginda sendiri sebentar sahaja tadi.
Tidak menyatakan siapakah pemain yang dimaksudkan atau kelab manakah yang berbuat demikian, TMJ berkata pengurusan kelab tersebut sepatutnya lebih prihatin menangani isu tersebut.
“Orang tu kena cancer. Selepas dah berhempas pulas bersusah payah untuk awak, takkanlah oleh kerana Cancer awak nak potong gaji dia 50%.” titah TMJ melalui perkongsian tersebut.
“Macam ni jaga orang? Mana tak ramai nak angkat kaki. Dalam Social media aja hebat. Dalam rumah sendiri hancur. First rule to success is “SIKAP KEMANUSIAAN.”
Selain daripada mengenai sikap kemanusiaan, TMJ turut menegur sikap keadilan yang diamalkan.
“Bila menang Foreign (pemain import) dapan bonus US dollar. Local berlari berhempas pulas sama, tapi bonus Ringgit. Ni ke sikap adil?” Persoal TMJ lagi.
“Nak tutup pekong sendiri suruh kroni-kroni buat cerita kononnya TMJ dengki. Sedangkan sendiri yang tak betul. Yang datang mengadu bukan orang lain. Mangsa sendiri datang mengadu.
“Lain kali jaga semua orang yang kerja dengan kita dengan adil. Bukan pilih kasih. Kalau tak boleh buat kerha dengan betul letak jawatan, jangan menyusahkan orang. Lagi-lagi orang yang berkorban untuk kita. “Sikap Kemanusiaan”.”
Walaupun tidak menyatakan mesej tersebut diberikan kepada pihak mana secara khusus, ia dipercayai membabitkan pemain dan pasukan yang bertanding di Liga Malaysia.
‘Foreign’ dipercayai merujuk kepada pemain import, manakala ‘Local’ merujuk kepada pemain tempatan.
Bonus yang dinyatakan itu pula dipercayai merujuk kepada bayaran bonus kemenangan yang diterima pemain hasil setiap kemenangan.