Naib Juara Liga Premier, Sarawak United boleh menarik nafas lega apabila beban hutang sebelum ini sudah pun dilangsaikan.
Tunggakan gaji para pemain yang mencecah sehingga RM2 juta itu dilihat sudah pun diselesaikan oleh pengurusan pada minggu ini.
Datuk Posa Majais selaku Presiden Sarawak United menjelaskan berita baik tersebut dengan tunggakan gaji para pemain selama tiga bulan tersebut kini berjaya dilaksanakan dengan baik.
Posa juga menegaskan bahawa Sarawak sedang dalam membuat persiapan yang rapi memandangkan skuad ini akan beraksi di Liga Super pada musim hadapan.
Beliau juga berpesan supaya tiada lagi khabar mengatakan Sarawak liat untuk membayar gaji selepas ini dalam kalangan pemerhati bola sepak.
Tambah Posa, walaupun terkait dengan masalah gaji, pengurusan bukanlah tidak mahu membayar langsung namun ada sedikit kelewatan atas beberapa faktor.
Pada ketika ini Posa memberitahu bahawa pasukan Sarawak mengambil pendekatan menggugurkan pemain hebat atau ternama dari memburukkan nama baik pasukan.
Dalam pada masa yang sama, Posa berjaya mengenalpasti individu yang cuba merosakkan keharmonian pasukan sehingga menyebabkan isu tunggakan gaji diperbesarkan.