Posa Dakwa MFL Hutang Pengadil Berjumlah Lebih RM30,000

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais mendakwa badan pentadbir liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL), masih mempunyai hutang mencecah ribuan ringgit yang masih gagal dijelaskan sehingga kini.

Katanya dalam Harian Metro, MFL difahamkan gagal membayar kos tuntutan perjalanan pengadil yang bernaung di bawah FAS dan jumlahnya dianggarkan RM30,000-RM40,000 sejak musim lalu hingga kini.

“Kalau lihat jumlah berkenaan memang kecil dan tidaklah banyak sangat. Tapi kalau jumlah sekecil itu pun gagal nak bayar, bagaimana mereka nak bayar geran tahunan yang mencecah jutaan ringgit,” katanya.

Beliau juga turut menegaskan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam perlu letak jawatan berikutan kegagalan dalam sistem pentadbiran MFL yang masih jelas kelihatan sehingga kini.

“Kalau nak tahu, hutang itu tertunggak sejak tahun lalu. FAS ada tuntut tapi mereka tak bayar, mungkin mahu menolak daripada geran tahun ini. Namun jika benar, ia sistem kerja yang tidak betul dan tidak profesional.

“Sepatutnya tuntutan tahun lalu perlu menggunakan dana atau duit tahun lalu dan bukannya guna dana musim ini. Macam mana FA negeri nak jadi profesional jika mereka sendiri tak profesional,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan balas MFL berhubung insuran setiap pasukan dalam saingan Liga Malaysia, beliau menuntut bukti polisi nombor insuran bagi setiap pasukan bertanding.

“Kenyataan itu mencurigakan. Kami di FAS langsung tidak dimaklumkan mengenai insuran berkenaan. Jika benar dibuat pada awal musim ini, saya mahu beliau bagi nombor polisi supaya kami boleh simpan sebagai tuntutan jika berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Rabu lalu, Posa mendesak supaya Kevin segera meninggalkan MFL berdasarkan 6 kegagalan mereka iaitu kehilangan tajaan terbesar Telekom Malaysia (TM), jadual perlawanan bercelaru, isu penyertaan dan pembatalan Perlis, kontroversi insurans pemain, hutang MFL kepada pasukan dan isu ahli lembaga pengarah MFL.

Posa juga tetap dengan pendirian beliau bahawa Kevin Ramalingam sengaja mengalihkan perhatian umum daripada isu MFL itu sendiri.

Beliau menambah lagi: “Yang kita tidak puas hati, beliau timbulkan isu ini pada masa yang tidak sesuai. Sepatutnya isu kelewatan itu, saya rasa MFL sendiri berhadapan dengan perkara yang sama juga. Jadi kenapa nak salahkan pasukan bertanding?”

“MFL sendiri berhadapan dengan masalah yang lebih besar. Itu pandangan saya.” tegasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN