Portugal Terlepas 3 Mata Kerana Jaringan Moreno Pada Masa Kecederaan

Portugal memulakan dengan 4-4-2, manakala Mexico memulakan perlawanan dengan 4-3-3.

Mexico menguasai awal babak pertama. Pada 10 minit pertama Mexico menguasai sehingga 70% daripada perlawanan.

Pada minit ke-21 cubaan Ronaldo terkena palang. Tindakan susulan Pepe menghadiahkan gol untuk Portugal. Namun teknologi VAR membatalkan gol tersebut.

12 minit kemudian, Portugal mendahului menerusi Ricardo Quaresma selepas hantaran kunci daripada Ronaldo. Ini adalah jaringan ke-9 Quaresma untuk Portugal.

Mexico tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-40. Tipikal tandukan gol oleh Javier Hernandez.

Pada akhir babak pertama, Javier Hernandez mensia-siakan peluang di dalam kotak penalti dengan merembat bola liar. Separuh masa pertama berakhir 1-1.

Bersambung pada babak kedua, perlawanan menjadi lebih kompetitif. Portugal memulakan perlawanan separuh masa kedua lebih baik daripada separuh masa pertama.

Namun kedua-dua pasukan bergelut untuk mencipta peluang gol. Sehinggalah pada minit ke-86, Cedric Soares meletakkan Portugal di hadapan. Ini adalah jaringan pertama Soares untuk Portugal.

Detik agak cemas untuk Portugal apabila pengadil meminta bantuan VAR sekali lagi. Kira-kira seminit selepas itu, gol tersebut disahkan.

Pada minit ke-89, Portugal mendapat peluang terbaik untuk menjarakkan kedudukan kepada 2 gol. Namun Martins gagal menyempurnakannya

Tatkala Portugal seakan-akan meraikan kemenangan pertama mereka dalam debut kejohanan ini, Moreno menjaringkan gol pada masa kecederaan. Ianya berpunca daripada sepakan penjuru.

Tamat perlawanan, Portugal 2 Mexico 2.

Statistik

Kedudukan selepas perlawanan pertama

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN