Portugal Menang Ke Atas Andorra, Heret Penentuan Slot Automatik Hari Terakhir

Cristiano Ronaldo masuk pada separuh masa kedua dan menjaringkan gol untuk pasukan beliau pada minit ke-63.

Ronaldo ternyata pemain yang sentiasa memberikan impak ketika berada di padang. Portugal menang 2-0 ke atas Andorra yang nampak lebih baik beraksi kali ini.

Kemenangan ini memastikan persaingan untuk slot automatik ke Rusia 2018 untuk Kumpulan B akan ditentukan pada hari terakhir.

Dalam satu lagi perlawanan Switzerland memastikan mereka berada di tangga teratas kumpulan dengan kemenangan 5-2 ke atas Hungary.

Xhaka menjaringkan gol pada minit pertama lagi. Ini adalah kedudukan terkini untuk kumpulan B.

Perlawanan terakhir akan menemukan Portugal dan Switzerland. Secara perbezaan jaringan, Portugal akan mara secar automatik jika mereka menang ke atas Swizterland dalam perlawanan terakhir.

Switzerland pula hanya perlu mengelakkan diri mereka daripada kalah dalam perlawanan terakhir. Seri atau menang mereka akan mara secara automatik.

Perlawanan terakhir ini akan berlangsung pada 11 Oktober dan Portugal akan menjadi tuan rumah. Inspirasi Cristiano Ronaldo diperlukan sekali lagi.

Pasukan yang gagal mara secara automatik di antara Portugal dan Switzerland akan bermain dalam perlawanan play off. Persaingan dalam kumpulan B sudah pun berakhir untuk pasukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN