Porto Tuduh Benfica Perguna Khidmat Ilmu Hitam, Juarai Primeira Liga Portugal

Kisah penggunaan ilmu hitam di dalam bola sepak bukanlah perkara yang baru. Walaupun umum mengetahui ia adalah tahyul, dakwaan penggunaan ilmu hitam dalam bola sepak tetap ada.

Beberapa buah media dan tabloid di eropah melaporkan bahawa Porto tidak berpuas hati dengan kejayaan Benfica muncul sebagai juara Liga Portugal kerana Benfica menggunakan bantuan ahli sihir dan ilmu hitam!

(Photo by Carlos Costa/NurPhoto via Getty Images)

Pengarah Komunikasi Porto, Francisco J. Marques berkata, beliau mendapat tahu akan perkara itu selepas membaca satu pertukaran penhantaran email di antara dua individu.

Dua individu yang dimaksudkan oleh Marques ialah Presiden Benfica, Luis Felipe Vieira dan juga Komisioner Polis Kebangsan Guinea-Bissau, Dr. Armando Nhaga.

Email di antara dua individu terbabit mengandungi ugutan dan cubaan sabotaj daripada Nhaga untuk menghalang Benfica memenangi kejuaraan Primeira Liga  untuk kali ke-4 berturut-turut melainkan jika dia dibayar sejumlah wang sagu hati.

Dr. Armandi Nhaga dipercayai adalah individu yang merupakan orang tengah, untuk membantu Benfica berhubung dengan ahli sihir yang dikenali sebagai “The Master in Lisbon”.

(Photo credit should read MIGUEL RIOPA/AFP/Getty Images)

Wartawan ,Shilton daripada akhbar The Sun memetik sumber daripada Observador di Portugal melaporkan, Nhaga meminta sejumlah wang dari Vieira untuk memenuhi perjanjian di antara beliau dengan seorang bekas lembaga pengarah Benfica pada musim lalu.

Marques berkata email di antara Nhanga dan Vieira itu bertarikh 13 Februari.

Nhanga meminta Vieira menandatangani satu dokumen perjanjian sebelum perlawanan UEFA Champions League di antara Benfica dan Borussia Dortmund.

Email tersebut turut diikuti dengan satu lagi email mengandungi senarai perkhidmatan dengan kos £88,000 harus dibayar jika Benfica memenangi kejuaraan liga di Portugal.

Bagaimanapun, keputusan di pertandingan UEFA Champions League tidak seperti yang Benfica dan Vieira harapkan.

(Photo by TF-Images/Getty Images)

Borusia Dortmund selesa membelasah Benfica 4-0 dalam perlawanan timbal balik peringkat pusingan 16 pasukan walaupun telah menang 1-0 di tempat sendiri sebelumnya.

Kekalahan ini menyebabkan Vieira menghantar satu lagi email kepada Nhanga untuk bertanyakan sebab kekalahan dan ia dijawab oleh Nhanga dengan penuh yakin.

“Sesiapa sahaja yang cuba berurus niaga dengan kami pada kali ini, jelas anda tidak menurut perintah seperti yang diarahkan pada masa yang kami tetapkan.”

“The Master of Lisbon menunggu perkhabaran dari pihak anda. Apabila anda melakukannya, ia sudah terlambat untuk kami berbuat apa-apa.”

Nhanga dipercayai berkata demikian sebagai respon Benfica yang lambat memberikan maklum balas atas tuntutan “The Master of Lisbon”

(Photo by TF-Images/Getty Images)

Marques mendakwa, “The Master of Lisbon” tidak lain dan tidak bukan ialah adik kepada Nhanga sendiri.

“Kita berbicara mengenai ilmu hitam dengan kontrak jaringan gol di sini. Benfica membayar puluhan ribu untuk mengupah seorang ahli sihir.

“Ini sekaligus mempersoalkan kebolehan jurulatih, pemain-pemain dan profesionalisma pegawai eksekutif Pedro Guerra di Benfica.”

Tuduhan penggunaan ilmu hitam Porto terhadap Benfica ini ialah pada ketika siasatan sedang rancak dilakukan berkaitan skandal rasuah yang menyelubungi bola sepak Portugal.

Porto menafikan kelab berkenaan turut disiasat. Namun Marques mendakwa email dari Benfica kepada bekas presiden Primera Liga, Carlos Deus Pereira mempunyai bukti Benfica mengamalkan rasuah.

Photo by Gualter Fatia/Getty Images)

“Kami tidak risau dan sehingga kini kami belum lagi menjadi sasaran pihak penyiasat. Benfica mendakwa seolah-olah Porto cuba menipu dan mereka-raka cerita. Ini sungguh memalukan,” ujar Marques lagi.

Perseteruan antara Porto dan Benfica sentiasa panas. Porto mendominasi bola sepak Portugal pada dekad sebelumnya.

Kebangkitan Benfica untuk beberapa musim kebelakangan ini menyebabkan juara UEFA Champions League itu seolah-olah ketinggalan.

Siasatan skandal rasuah dan juga tuduhan penggunaan ilmu hitam pasti akan merengangkan lagi hubungan kedua-dua buah kelab.

Sumber:

1. Alec Shilton, The Sun (2017): Porto accuse bitter rivals Benfica of hiring a WITCH DOCTOR in Guinea-Bissau to help them win title;
https://www.thesun.co.uk/sport/football/3903124/porto-benfica-witch-doctor/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN