Gelaran Greatest of All Time (G.O.A.T) untuk Lionel Messi sentiasa menjadi perdebatan, dengan perbandingan turut dilakukan dengan beberapa pemain terhebat dunia yang lain seperti Cristiano Ronaldo, Diego Maradona dan juga Pele.
Atau mungkinkah keempat-empat pemain ini secara bersama-sama digelar G.O.A.T? Ini turut menjadi perdebatan, mengambil kira pelbagai faktor seperti era pemain-pemain tersebut beraksi dan pasukan yang mereka wakuli. Ia terlampau subjektif untuk diperbincangkan.
Namun terdapat segelintir penyokong yang menganggap Messi ibarat Tuhan (God) – kerana kehebatan di atas padang – untuk mengisahkan kehebatan pemain itu secara harfiah.
Sama ada gelaran Tuhan itu diberi secara harfiah atau terus, Pope Francis – ketua Gereja Roman Katolik – mempunyai pendapat beliau tersendiri mengenai gelaran yang diberikan terhadap Messi itu.
Bukan peminat Messi
Seperti juga Messi, Pope Francis juga berasal dari Argentina. Dalam satu temu ramah dengan Salvados, beliau ditanya mengenai Lionel Messi dan persamaan yang diberikan oleh peminat Messi yang menyamakan pemain itu dengan Tuhan.
Menjawab salah satu soalan, Pope Francis berkata, “Secara teori, itu [menyamakan Messi dengan Tuhan] adalah konsep yang salah. Anda tidak sepatutnya berbuat [menyamakan Messi dengan Tuhan] demikian. Adakah anda percaya Messi itu Tuhan?”
Llegó el momento de hablar de D10S. #SalvadosPapa pic.twitter.com/08YI1zMtEO
— Salvados (@salvadostv) March 31, 2019
Ketika dijawab oleh wartawan bahawa dirinya percaya Messi itu adalah Tuhan, Pope Francis sekadar ketawa dan berkata, “Sesiapa sahaja boleh berkata Messi adalah Tuhan. Tetapi ia hanya sama seperti anda berkataa “Saya mengkagumi anda”. Hanya Tuhan [God] yang boleh disembah,” ujar beliau.
“Ini semua hanya cara ekspresi daripada orang ramai. Ia adalah cara yang popular untuk mereka mengekspresikan Messi adalah pemain yang hebat.”
Dua jaringan Lionel Messi untuk Barcelona pada babak kedua perlawanan membantu pasukannya menewaskan Espanyol 2-0 pada hujung minggu lalu.
Penutup
Daripada penjelasan Pope Francis seperti di dalam temu bual tersebut, jelas sekali beliau tidak bersetuju Messi disamakan dengan Tuhan secara doktrin atau ajaran agama.
Namun demikian, beliau mengakui kehebatan kapten Barcelona dan Argentina itu untuk aksi di atas padang.