Polking & ‘Coach’ Park Lepas Jawatan, Peluang Maloney Pacu Malaysia Ke Suku Akhir Piala Asia B-23?

Brad Maloney Malaysia B-23 Piala Asia Park Hang-seo Alexandre Polking

Umum sudah mengetahui, Alexandre Polking dan Park Hang-seo bukan lagi pengendali skuad B-23 Thailand dan Vietnam menjelang sepak mula Piala Asia B-23, Jun depan.

Hal ini kerana kedua-duanya telah melepaskan jawatan.

Hang-seo terlebih dahulu mengumumkan melepaskan jawatan sebagai pengendali skuad B-23 Vietnam kerana mahu memberi fokus bersama skuad utama negara tersebut.

Tugasnya diserahkan kepada seorang lagi jurulatih dari Korea Selatan iaitu Gong Oh-kyun yang bakal memulakan tugas pertamanya dalam saingan Piala Asia B-23.

Sementara Polking pula bukanlah pengendali tetap skuad B-23 Thailand kerana beliau baru sahaja diberikan tugasan tersebut untuk menggantikan Worrawoot Srimaka menjelang Sukan SEA 2021.

Setelah gagal mendapatkan pingat emas apabila tewas 0-1 kepada Vietnam, Worrawoot kembali kepada posisi asalnya.

Jadi, Polking dan Park tidak akan bersama Thailand dan Vietnam di Piala Asia B-23 nanti. Adakah ini peluang terbaik buat skuad negara?

Hal ini kerana, Malaysia telah diundi bersama kedua-dua pasukan serta juara bertahan iaitu – Korea Selatan.

Kedua-dua pengendali diketahui memiliki sentuhan midas bersama skuad senior mahupun B-23. Malah, mereka cemerlang membawa skuad kendalian masing-masing melangkah sehingga ke pentas final Sukan SEA 2021.

Park terutamanya, sangat sinonim dengan kejayaan skuad Vietnam B-23. Sejak dilantik bermula pada 2017, beliau telah melalui 48 perlawanan dengan menang 32 daripadanya dan hanya tewas lima perlawanan.

Vietnam merupakan pasukan terbaik rantau ASEAN untuk pasukan B-23 sepanjang lima tahun di bawah kendaliannya.

Beliau telah membawa tiga generasi skuad muda Naga Emas dengan kejayaan terbesarnya adalah ketika muncul sebagai finalis Kejohanan AFC B-23 2018. Sayangnya mereka tumpas kepada Uzbekistan di final.

Setiap pengendali pasti memiliki ramuan yang tersendiri. Dan begitu jugalah dengan pengganti kedua-dua pengendali itu. Pertukaran secara drastik pasti memberi sedikit kesan kepada Thailand mahu pun Vietnam.

Impak ini yang perlu diambil peluang oleh skuad kendalian Brad Maloney yang akan membuka aksi berdepan Korea Selatan pada 2 Jun, diikuti Thailand pada 5 Jun dan menutup aksi kumpulan berdepan Vietnam (8 Jun).

Malaysia secara bertahan telah mempamerkan aksi baik. Jadi, yang harus diberi fokus adalah menajamkan sentuhan penyudah pemain di jentera serangan yang ketandusan pencetak gol sejak pusingan kelayakan.

Ia diteruskan ketika saingan Sukan SEA yang lalu yang menyaksikan Malaysia tersingkir di separuh akhir.

Saingan B-23 boleh dikatakan sentiasa terbuka kerana semua pasukan hampir setaraf. Malah, skuad negara pernah mara ke suku akhir pada edisi 2018 – ditewaskan Korea Selatan 2-1, lima minit menuju wisel penamat.

Malah di peringkat kumpulan juga, Malaysia telah mengejutkan Arab Saudi dengan kemenangan tipis 1-0.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN