Polisi Real Madrid, Kuasa Terhad Zinedine Zidane Dalam Isu Gareth Bale

Zinedine Zidane dilaporkan bengang dengan tindakan Real Madrid yang menggagalkan penjualan Gareth Bale ke Jiangsu Suning – setelah pemain itu bersetuju dengan terma peribadi ditetapkan kelab China itu.

Sebelum ini laporan di Sepanyol menyatakan Gareth Bale sudah menyatakan kekecewaan beliau ke atas pengurusan Real Madrid yang tidak mahu melepaskan beliau ke China.

Bale pernah bertekad untuk kekal di Real Madrid walaupun apa terjadi, kecuali ada kelab yang mampu menawarkan beliau gaji setanding dengan apa yang beliau dapat di Real Madrid.

Kenyataan Bale itu membuatkan Zidane memberikan respon bahawa pemain itu tidak ada tempat di dalam pasukannya. Zidane juga menyatakan bahawa: “Semakin cepat Gareth Bale pergi, lagi bagus.”

Kenyataan itu membuatkan ejen Gareth Bale bengang dan menuduh Zidane langsung tidak menghormati Gareth Bale yang sudah banyak berjasa kepada Real Madrid.

Zidane mengulangi pendiriannya meskipun kehilangan Asensio yang cedera – dan aksi cemerlang Bale ketika menentang Arsenal.

Pada ketika ini hanya Jiangsu Suning yang mampu menawarkan Bale pakej seperti itu – malah dilaporkan lebih besar iaitu gaji sekitar £1 juta seminggu.

Tetapi Zidane menjelaskan bahawa perpindahan Gareth Bale diserahkan beliau kepada kelab. Namun beliau tetap menjalankan tanggungjawab beliau sebagai jurulatih untuk menyediakan latihan kepada Gareth Bale.

Zidane dah lama mahu Bale keluar

Laporan oleh El Pais pula menyatakan, Zinedine Zidane memang sudah lama mahukan Bale dijual. Namun Florentino Perez berkeras bahawa Bale adalah masa depan kelab.

Pada musim 2017/18 Zinedine Zidane meminta Perez untuk menjual Gareth Bale pada akhir musim, dan cuba mendapatkan pemain seperti Neymar, Mohamed Salah ataupun Eden Hazard. Sekurang-kurangnya seorang daripada 3 nama tersebut.

Perez berjanji akan menjual Bale untuk memberikan dana bagi mendapatkan Neymar. Namun ia tidak berlaku. Chelsea pula berkeras dengan harga lebih £200 juta untuk Eden Hazard ketika itu.

Manchester United antara pasukan yang serius mahu mendapatkan Bale.

Florentino Perez telah menarik balik janjinya kerana Bale menjaringkan gol pada final UCL menentang Liverpool. El Pais menyatakan, Lloris Karius antara punca Gareth Bale terus kekal di Real Madrid.

Zidane kecewa kerana keputusan itu tidak langsung dibincangkan dengan beliau.

Zidane kemudian merasakan terlalu sukar untuk membeli Neymar jika tidak menjual Bale. Lalu Zidane menjadikan Mohamed Salah dan Harry Kane sebagai sasaran.

Zidane terus meminta agar Gareth Bale dijual dan Cristiano Ronaldo diberikan kontrak – dengan melakukan apa sahaja bagi memastikan pemain itu kekal.

Perez kemudian lebih memilih Gareth Bale. Lebih mengejutkan Florentino Perez benar-benar menerima bidaan daripada Juventus untuk Cristiano Ronaldo. Mereka memaklumkan kepada pemain itu, akan perkara itu. Ronaldo yang kecewa dengan tindakan Perez telah menerima tawaran daripada Juventus.

Ronaldo kemudian mengeluarkan kenyataan menuduh Perez sejak beberapa tahun kebelakangan ini hanya menjadikan beliau alat perniagaan.

Zinedine Zidane kemudian melepaskan jawatan beliau di Real Madrid kerana gagal mendapatkan sebarang pemain bintang yang beliau mahukan meskipun sudah memberikan 3 UCL kepada kelab itu – dengan menghantar notis perletakan jawatan pada 30 Mei 2018 – 5 hari selepas kejayaan merek di Kyiv.

Kini Zidane bertemu dengan situasi Bale sekali lagi. Awalnya Real Madrid memberikan sokongan kepada polisi perpindahan Zidane dengan memberikan jurulatih itu Eden Hazard, Luka Jovic, Ferland Mendy dan juga Rodrygo. Kelab juga berjanji untuk membantu Zidane menjual Gareth Bale.

Namun agak sukar berlaku kerana gaji Gareth Bale dan juga sikap Real Madrid yang terus meletakkan harga yang tinggi untuk Bale.

Adakah Gareth Bale akan terus kekal di Real Madrid? Ataupun Perez merasakan mereka masih ada potensi pembida yang lain bagi pemain itu.

Rumusan

Dalam isu ini kami berpendapat, Gareth Bale ada hak untuk memilih untuk terus kekal di Real Madrid – atas alasan tidak mahu menerima pemotongan gaji di kelab lain – kerana beliau ada kontrak dengan kelab itu.

Lagipun situasi Bale berbeza dengan pemain lain, beliau sentiasa ada keutamaan dalam pasukan kebangsaan. Jika beliau pemain Brazil, mungkin Bale mempertimbangkan isu pemotongan gaji demi karier kebangsaaan.

Seterusnya, Real Madrid masih mahu mendapatkan harga tinggi untuk Gareth Bale. Perkara ini sukar kerana situasi Bale sudah terlalu transparen di media antarabangsa.

Di mana, Zidane terang-terangan mahu menjadikan Bale sebagai ‘reject’. Seterusnya, Bale pula jelas sekali tidak bermain dalam banyak perlawanan kerana isu kecederaan.

MADRID, SPAIN – DECEMBER 12: Gareth Bale of Real Madrid, Rodrigo Becao of CSKA Moskow during the UEFA Champions League match between Real Madrid v CSKA Moskou at the Santiago Bernabeu on December 12, 2018 in Madrid Spain (Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

Agak mustahil untuk Real Madrid mendapatkan harga tinggi untuk Hazard. Cara terbaik mereka adalah, jika ada pasukan yang boleh membuatkan Bale setuju dengan terma peribadi, Real harus terbuka menerima bayaran perpindahan jauh lebih rendah daripada wang mereka belanjakan untuk membeli Bale.

Florentino Perez seharusnya lebih menghormati kuasa pengurus dalam isu perpindahan dan pembentukan pasukan. Misalnya sebelum ini Zidane menyatakan beliau mahukan Ronaldo kekal berbanding dengan Bale. Ini kerana Zidane tahu taktikal beliau lebih memerlukan Ronaldo.

Pada masa yang sama, lebih baik Zidane menggunakan dana gaji Bale –  sebagai pemain simpanan – untuk diberikan kepada pemain baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN