Pihak polis kini sedang menyiasat individu di sebalik sepanduk yang digantung penyokong Crystal Palace kerana dianggap menghina pemilik baharu Newcastle United dari Arab Saudi.
Sepanduk itu dengan jelas mensasarkan pemilikan Newcastle United selepas pengambalihan bernilai £305 juta oleh Public Investment Fund (PIF) – konsortium milik kerajaan Arab Saudi.
Ia menampilkan gambaran lelaki berbusana tradisi Arab bersama seorang lagi lelaki dipercayai Richard Masters, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Premier League.
Sepanduk tersebut turut menyenaraikan semua salah laku yang didakwa dilakukan oleh rejim Arab Saudi selama ini.
Di bawah tajuk utama mesej: ‘Ujian Pemilik’ adalah keganasan, pemenggalan kepala, pelanggaran hak asasi manusia, pembunuhan, tapisan maklumat, dan penaniayaan.
Crystal Palace fans have unveiled a banner protesting Newcastle's Saudi takeover 👏 pic.twitter.com/SAgVEv8JYj
— FootballJOE (@FootballJOE) October 23, 2021
Gambaran lelaki dengan pakaian Arab turut digambarkan memegang pedang dengan darah pada nya.
Kumpulan penyokong Palace, dikenali sebagai Holmesdale Fanatics mendakwa sepanduk itu dihasilkan mereka – digantung dalam perlawanan membabitkan kedua-dua kelab yang berkesudahan 1-1 pada Sabtu. Pengakuan itu dilakukan di Twitter bersama sebuah kenyataan.
“Pengambilalihan Newcastle oleh Arab Saudi selayaknya menerima bantahan penuh kemarahan dari seluruh dunia.” ujar kenyataan tersebut.
Banner and statement vs Newcastle#cpfc pic.twitter.com/YIGeV10XNG
— Holmesdale Fanatics (@ultrascpfc) October 23, 2021
“Untuk membenarkan pengambilalihan tersebut diteruskan pada masa sama Premier League turut mempromosi bola sepak wanita dan hak kesamarataan menunjukkan sikap hipokrit berlaku dan jiwa [penganjur] hanya mementingkan keuntungan.”
Kumpulan penyokong itu turut berkata keputusan [menggantung sepanduk] sememangnya bertujuan untuk menghentam pemilik dan pengarah kelab.
Pihak polis Croydon Metropolitan mengesahkan pihak mereka telah menerima laporan polis terhadap sepanduk yang dianggap menimbilkan provokasi oleh kumpulan penyokong Crystal Palace itu.
Setakat ini Premier League enggan memberikan komen mengenai perkembangan terbaru berkaitan pengambilalihan Newcastle United ini.